CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 45989|Reply: 33

Pelajar mengadu dinoda bapa durjana selepas disuruh urut kaki

[Copy link]
Post time 30-8-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode





ALOR GAJAH – Perbuatan keji seorang pengawal keselamatan menjadikan dua orang anak perempuannya sebagai hamba seks terbongkar selepas salah seorang mangsa memaklumkan perkara itu kepada gurunya, pertengahan Ogos lalu.


Suspek berusia 39 tahun itu diberkas polis dan diperintahkan untuk direman selama tujuh hari bermula hari ini.


Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi berkata, suspek disyaki telah merogol anak perempuannya berusia 13 tahun enam bulan sejak Julai lalu, manakala anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun 11 bulan dijadikan hamba seks ketika dia berusia 12 tahun lagi.


“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak bongsu bertanyakan kepada rakan sekelasnya adakah dia mengalami perkara sama (dirogol) sebelum rakannya itu memaklumkan perkara tersebut kepada seorang guru.


“Mangsa kemudian dipanggil oleh gurunya dan selepas beberapa kali ditanya dia akhirnya memberitahu telah dirogol bapa kandungnya sejak Julai lalu selepas suspek meminta mengurut kakinya,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Tambahnya, beberapa minggu selepas kejadian pertama, suspek telah mengulangi perbuatan keji itu namun remaja berkenaan tidak memberitahu kepada sesiapa termasuk ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci kerana takut dimarahi.


“Selang beberapa minggu suspek mengulangi perbuatan terkutuk itu sejurus mangsa pulang dari sekolah, remaja itu disuruh mandi terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik suspek.


“Pendedahan tersebut membawa kepada pengakuan kakak mangsa yang kini berusia 17 tahun 11 bulan mendakwa dia juga telah menjadi mangsa amang seksual fizikal suspek sejak berusia 12 tahun dan dirogol ketika berusia 14 tahun,” katanya.


Nazri berkata, selepas memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek masih melakukan amang seksual fizikal terhadap kakak mangsa.


Jelasnya, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.




Sumber – KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
"selepas memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek masih melakukan amang seksual fizikal terhadap kakak mangsa."

So, kakak mangsa ni bukan mangsa ka? Kalau dia pun mangsa, adik beliau jadi adik mangsa la kan. So siapa mangsa sebenar? Yang umur 16 tahun tu kakak ka adik?


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:11 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-8-2024 03:49 PM
"selepas memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek masih melakukan amang seksual fizikal  ...
...Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi berkata, suspek disyaki telah merogol anak perempuannya berusia 13 tahun enam bulan sejak Julai lalu, manakala anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun 11 bulan dijadikan hamba seks ketika dia berusia 12 tahun lagi.
...
“Pendedahan tersebut membawa kepada pengakuan kakak mangsa yang kini berusia 17 tahun 11 bulan mendakwa dia juga telah menjadi mangsa amang seksual fizikal suspek sejak berusia 12 tahun dan dirogol ketika berusia 14 tahun,” katanya...

mengikut pemahaman iols, kakak dan adik, dua2 kena rogol dek bapak syaitonnirrojim
anak sendiri, jadi hamba seks

Iols doakan keburukan dahsyat untuk orang macam ni, hidup dan matinya


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:14 PM | Show all posts
Another bapa bangsat, moga mampus kena stroke harapnya! Paranoid almost hari2 baca news mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak bongsu bertanyakan kepada rakan sekelasnya adakah dia mengalami perkara sama (dirogol) sebelum rakannya itu memaklumkan perkara tersebut kepada seorang guru.

Korang tak kesian ke baca ni. Bapak syaitan tu dah brainwashed anak dia, hal ni normal.

Dulu2 aku ingat lagik bila ada kes gini (incest paksa bertahun2) ada porumer pertikai apsal lama bertahun2 baru nak buat report bapak rogol kau. Kenapa tak bertindak dari awal. Mesti kau dah sedap kan merasa seks dari bapa sendiri. Sebab tu tanak report.

Ah gitu la. Post2 porumers durjana tu. Syukur di tahun 2024 aku tak nampak lagik posts durjana victim blaming sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:41 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 30-8-2024 04:17 PM
“Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak bongsu bertanyakan kepada raka ...

babi betul sape yg komen macma tu.
tgk gambar tu bselera ke nak dgn bapak macam tu?
lagipun bapak kot. role kau bapak. aku baru je lepas tgk SVU bapak yg tk pnah jumpa anak pmpuan dia, p incest dgn anak tu bila dorang akhirnya bjumpa. bodoh. kalau kau tau role dan had seorang bapak, utk fikir benda seksual pun kau tak sanggup!
dasar setan.. yg enabler salahkan victim tu pun sama setan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 30-8-2024 08:41 AM
babi betul sape yg komen macma tu.
tgk gambar tu bselera ke nak dgn bapak macam tu?
lagipun bapak  ...

Tu la. Nasib baik la porumer now better cara berfikir banding porumer dulu2 (walau dipuji porumer dulu lagik best, em.

Btw dalam porum ni, hado pedo juga yang lurk around.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 06:09 PM | Show all posts
ya allah...ni yg kena report. yg tak kena report tak tau brp byk lg..mudah2ah mampus la syaitan2 ni semua. sakit hati nyaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ko dikkkk. Bertahan ngan bapak durjana. Ntah camna lah ko hadap benda nih hari2. Mak hidup lg pulak tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur aktiviti durjana jantan keparat ni ketahuan..bukan senang oi nak citer kat orang.. uolsss, tau tak apa2 doa @ zikir @ ayat Quran yg kita bleh amal utk reveal the truth? I mean, bukan kita nak reveal dari mulut kita sendiri..Tapi biar ketahuan secara tak sengaja ke..iols tau ada 2 org colleagues iols ni berskandal..4 tahun lepas iols sendiri penah tertangkap diorg..tapi i masih jaga aib diorg smpi skrg..in fact kalu i citer kat org pun, tak mungkin la org percaya cakap iols..diorg berdua jenis baik2 tau.. yg buat i sedih sgt skrg ni, colleague iols yg pompuan tu, bleh plak dok judge iols..padahal aib dia punya la besar dia x sedar..so skrg i berharap ada org lain ketahuan psl diorg berdua ni..Takde la org dok ingat baik n naif je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedophile selayaknya di hukum mati. Kalau tak mati pun, buang anu dia biar seksa sampai mampus. Percaya la, kalau penjara je, nanti keluar penjara dia akan cari mangsa baru. Kanak2 lah mangsa plg mudah di manipulasi. Sakit hati nye baca dah la bapak buat kat anak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Don't mess with Malacca
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 30-8-2024 08:06 PM

Bukan sorang mangsanya, tapi 2 sekali anak dia zalimi. Semoga isterinya cerdik pergi mahkamah syariah.

Maksudnya yang buat report pada polis adalah cikgunya ke?

Prosedurnya cikgu bawak pergi hospital n tunggu result lab n kemudian cikgu tu call polis ke?_ini pertanyaan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib naik kawannya tolong bagitau cikgu. Kalau tak, entah sampai bila budak2 tu jadi mangsa apaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 30-8-2024 10:33 AM
syukur aktiviti durjana jantan keparat ni ketahuan..bukan senang oi nak citer kat orang.. uolsss, ta ...


Aiol tolong doa moga aib kelig tino n jate tu Allah bukak secara major yakni bukan peringkat tempat keja ja tau tapi peringkat kebangsaan terus.

Biasanya, kalau tak reti bertobat walau dah lamaaaa tempoh diberi huntok beringat, ujung2 tu ada la balasannya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 30-8-2024 12:03 PM
Bukan sorang mangsanya, tapi 2 sekali anak dia zalimi. Semoga isterinya cerdik pergi mahkamah syaria ...

Baca kat news outlet lain, kakaknya yg gi buat report polis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak sial mcm ni yg halal dibunuh. Patutnya bapak mcm ni patut dpt anak jantan sekor, yg taik dadah.
Haaaa baru kena buku dgn ruas. In an ideal situation, si taik dadah tikam muka si bapak sial ni, dan bakar dia hidup2. Baru puas hati aku.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jantan durjana mcm ni sakit mereput terseksa sebelum mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn la mak bdk2 tu hadap semua ni. Kerja banting tulang cari rezeki jadi cleaner nak bantu suami. Alih2 suami buat mcm ni dkt anak2. Mesti tertekan hidup akak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak setannnn..
kesian anak2..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.066726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list