CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 47572|Reply: 32

[Tempatan] Tular satu kejadian cubaan melarikan seorang kanak-kanak lelaki di Setia Alam Selangor

[Copy link]
Post time 30-8-2024 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Mary_jane at 30-8-2024 03:46 PM

TULAR SATU KEJADIAN CUBAAN MELARIKAN SEORANG KANAK-KANAK LELAKI DI SETIA ALAM SELANGOR

Siaran media ini  dikeluarkan berikutan tular di media sosial yang menyatakan seorang kanak-kanak lelaki di dakwa telah diculik oleh suspek 2 (L)  warga asing menggunakan sebuah kenderaan warna hitam atau kelabu jenis tidak pasti.

Pihak polis telah menerima laporan berkenaan kejadian ini pada 28 Ogos 2024 jam lebih kurang  11.16  malam daripada bapa mangsa (1) (L) Melayu umur 41 tahun dan bekerja sebagai Pegawai Bank.

Setelah siasatan terperinci dijalankan mendapati dakwaan kejadian culik tersebut adalah tidaklah berlaku seperti mana tular didalam media sosial.

Mangsa merupakan seorang kanak-kanak l(L) (M) Umur 11 tahun 10 bulan yang masih bersekolah.

Setiap hari mangsa akan mengikuti pengajian Al-Quran pada waktu malam di surau berdekatan dengan rumahnya dari  jam  8.00-09.00 malam.

Pada 28 Ogos 2024 selepas kelas belajar Al-Quran, mangsa tidak terus pulang ke rumah tetapi telah berjalan kaki seorang diri menuju ke kawasan Setia City Mall dengan niat hendak melarikan daripada rumahnya.

Mangsa kemudian telah diselamatkan oleh satu pasangan melayu yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Sebelum dihantar pulang, mangsa telah dibawa ke sebuah  stesen minyak di Setia Alam untuk membeli makanan terlebih dahulu disebabkan mangsa kelaparan pada masa tersebut.

Setelah selesai membeli makanan, mangsa meminta kebenaran untuk ke tandas dan terus menefon bapanya.

Mangsa terpaksa mereka-reka cerita kerana takut dimarahi oleh bapanya.

Semakan CCTV di stesen minyak tersebut mendapati tiada kejadian culik berlaku seperti mana yg diceritakan oleh mangsa.

Mangsa dilihatkan sedang membeli makanan bersama satu lelaki melayu yang membantu mangsa pada masa tersebut.

Saksi ini telah dikenalpasti dan telah dipanggil untuk dirakam percakapan.Kes dikasifikasikan sebagai No Futher Action.

Pihak Polis ingin menegaskan kepada mana-mana individu yang memberikan apa-apa maklumat palsu secara lisan atau bertulis kepada penjawat awam yang menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang sehingga mendatangkan bencana atau kegusaran kepada mana-mana orang, boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.  

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

*RAMSAY ANAK EMBOL (SUPT)**TIMBALAN KPD SHAH ALAM*

Kredit: X @redzuanNewsMPB


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2024 03:45 PM | Show all posts






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 03:47 PM | Show all posts
Gitew budak 11 tahun berimaginasi. Mohon kena sesah dengan getah paip.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:53 PM | Show all posts
ko da kenapa dekkkkkkkkk............ harussss lah kena sesah khuenst.... eh tapi iols dlu ms kecik2 pun liat ok nk pegi kelas mengaji
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:54 PM | Show all posts
Br umo 11 tahun dah pandai nk lari dr rumah..penat mak ko beranakkan ko dekk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:59 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 30-8-2024 03:47 PM
Gitew budak 11 tahun berimaginasi. Mohon kena sesah dengan getah paip.

sesah ngan batang paip.
setuju sangat
memalukan mak bapak
menyusahkan orang


kecoh pagi tu segala grup wasap sekolah anak aku ada post tu..
cuakla kami mak pak ni..
baru je kes kereta mencurigakan captured in cctv berlegar di perkarangan sekolah..
ada pulak tular kes ni..

kita ni kadang tak terfikir anak sampai sanggup menipu mcm tu..
tak terjangkau dek imaginasi kita la..
tapi rupanya kita ketinggalan.. anak2 zaman sekarang sangat advance dari segala hal.

aku mcm pelik camne budak seumur itu bole terfikir nak lari rumah.. dan bertindak terus.
aku lupa aku juga zaman2 kanak2 dulu bila kena marah teruk2.. adala jugak rasa nk lari rumah..
tapi tak ke mana pon.. dokla menyorok belakang pokok..
petang.. takde sape cari.. balikla.. huhu..

tapi baru semalam anak aku cerita classmate dia boy, darjah 4.. kena panggil guru disiplin..
sebab.. dia masukkan pembaris dalam seluar dia.. buat2 mcm 'anu' and tunjuk kat kawan perempuan yg dia minat.
terkejut aku. walaupon sekadar pembaris.. mana datang idea nk buat mcm tu and TUNJUK kat kawan perempuan?
Gila kan? seram aku.. baru darjah 4 dah terfikir mcm tu.. besar besok? camne? semoga budak tu taubat n terhindar dari perbuatan2 tak bermoral mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2024 04:03 PM | Show all posts
apa jadi dlm rumah dia tu smpai nak lari? kena siasat lebih tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-8-2024 08:07 AM
talapia replied at 30-8-2024 07:59 AM
sesah ngan batang paip.
setuju sangat
memalukan mak bapak


Mungkin sebab chuols tak pernah hadap ahli keluarga toksik.

Toxic parents create mentally ill child.

Pehtu toxic parents, are products of toxic parents themselves.

Kena ada someone dalam keluarga tu, break the 'generational curse'. Tapi tu la bukan senang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2024 04:07 PM | Show all posts
talapia replied at 30-8-2024 03:59 PM
sesah ngan batang paip.
setuju sangat
memalukan mak bapak

Apa kena lah budak2 zaman sekarang ni.
Tapi dulu2 pun ada je geng sekolah kita yang nakal nauzubillah, ugut duit belanja orang, ambik cermin kat sharpener letak kat kasut then tala kat bawah pinafore gegirls sebab nak skodeng.

Tapi dulu2 tak de viral2 ni, so bebudak lain takde lah ikut. Sekarang ni semua benda senang nak akses kat phone, budak2 tak tahu lagi betul & salah, main ikut je. Cobaan betul.

I masa baca posting yang tepek kat atas tu, rasa eh macam fishy je bunyi nya dia boleh lolos dari kidnapper tu. Nah sekali betul sis, rekaan semata2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 04:10 PM | Show all posts
Orix replied at 30-8-2024 03:53 PM
ko da kenapa dekkkkkkkkk............ harussss lah kena sesah khuenst.... eh tapi iols dlu ms kecik2  ...

I masa kecik dulu rajin plak mengaji, subuh2 lagi dah pergi sebelum ke sekolah.
Ustaz mengaji sebelah rumah je. Tapi tu lah bila ngaji tu macam tadarus pun ye, sebab baca sekali dengan ustaz, suara ustaz je dengar, suara kita tenggelam.


Moga ustaz sihat selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:14 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 30-8-2024 04:07 PM
Apa kena lah budak2 zaman sekarang ni.
Tapi dulu2 pun ada je geng sekolah kita yang nakal nauzubi ...

Sama la..sampai tang dia 'belasah' kidnapper tu dah rasa pelik sikit. Detail sampai kepala tkena tingkap semua, sebab kalau kita ni tgh struggle nak survive mne perasan tang mne yg kita belasah tu. Ni mcm too detail mcm tgh tgk scene slow motion.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:20 PM | Show all posts
Siap ko balik nnti kena sesah ngan batang paip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2024 04:23 PM | Show all posts
Lulu_717 replied at 30-8-2024 04:14 PM
Sama la..sampai tang dia 'belasah' kidnapper tu dah rasa pelik sikit. Detail sampai kepala tkena t ...

Yes exactly macam saya fikir. Berbakat jadi story teller adik ni.
Cuma tu lah benda dah jadi macam ni menyusahkan parents, polis & meresahkan komuniti setempat. Lagi2 dengan kuasa viral sekarang ni.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist. Kt sinar harian ada bgtau budak 12 tahun tu reka cerita diculik takut dimarahi bapa. Disahksn ketua polis shah alam
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 05:43 PM | Show all posts
zuri154 replied at 30-8-2024 04:25 PM
Plot twist. Kt sinar harian ada bgtau budak 12 tahun tu reka cerita diculik takut dimarahi bapa. Dis ...

kejap je info twist plot tu sampai..

pagi kecoh kt wasap grup komuniti setempat.. tak lama lepas tu terus ada update status ig ke tiktok saksi yg bawak budak tu ke petron.
kemain ek dia berangan sepak kepala bagai.
yg pelik cerita dia camne quran n rehal elok ada kt surau..
brader yg jumpa budak tu pon kata budak tu bawak beg. entah2 lari rumah.
memang sungguhla..

hmm.. area2 setia alam belah2 banyak apartment tu.. mmg mcm2 sket..
komuniti situ pon padat.. gigih ek dia jalan kaki memalam hala ke SCM.. nak ke mana la agaknya niat dia sebenar tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedi dedi nak tau tadi adam terajang kepala bangla tu.mommy mesti bangga kan adam berani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap ada pujian mujur Adam pandai self defense
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kisah kt kg aku dulu dulu. Bergaduh suami isteri. Isteri panjat pokok Kelapa. Dok menyorok kt atas tu. Cari la suami dia ni pusing keliling satu kampung. 2 hari 2 malam tak jumpa jumpa. Yg isteri dia tu aman aman melantak biskut kering yang dia bawak naik kt atas pucuk Kelapa tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan nye engkau ni.
Yg maknye pun kemain ek, anak dia self defense bagai. Mujur Adam tak panic.
Bahhahahha aku tertawa. Tak panic utk menipu, ya lah. Kalau aku jadi abg yg selamatkan budak pembohong ni, aku pulak terajang kepala budak ni sebab yg bukan2 cerita smp aku pun kena ke balai. Nasib baik NFA. Makan apa budak ni, kemain ligat membohong. Makpak fefeling anak bijak self defense bagai. Ujung2 dicerca masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur ada cctv
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.889045 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list