CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44542|Reply: 2

[Jenayah] Merosakkan Lamborghini Majikan Kerana Dipecat

[Copy link]
Post time 30-8-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 31-8-2024 01:30 AM



AMPANG - Berang diberhentikan kerja, seorang lelaki bertindak merosakkan kereta mewah Lamborghini Urus milik majikannya dalam kejadian di Taman Melawati, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan kes khianat pada jam 6.30 petang itu dibuat pemilik syarikat pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

Katanya, kereta jenis Lamborghini Urus itu alami kerosakan di bahagian bonet, cermin sisi, cermin hadapan dan bumper hadapan dengan kesan toreh dan pecah.

"Berikutan itu, suspek lelaki berusia 27 tahun telah ditahan di Ampang pada keesokan harinya.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit pelbagai kes jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, motif perbuatan khianat ialah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat dari kerja oleh majikannya.

Tambahnya, suspek merupakan pemandu kereta kepada isteri pemilik syarikat berkenaan.

"Suspek telah direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Repair nanti beli je spareparts audi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.239476 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list