CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8583|Reply: 0

[Sabah] Kedai dobi tanpa lesen boleh mengundang risiko keselamatan

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:15 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Kakitangan ECoS dan penceramah merakamkan gambar kenangan bersama hadirin semasa seminar terbabit.

KOTA KINABALU: Pengusaha dobi di Sabah perlu mendapatkan kelulusan dan lesen gas yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dalam penggunaan sistem gas berpaip bagi mesin pengering dan pemanas air di premis masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai aspek keselamatan sistem perpaipan gas dan kesedaran terhadap prosedur permohonan lesen yang melibatkan kelulusan pemasangan (ATI) dan permohonan kelulusan pengendalian (ATO), ECoS menganjurkan Seminar Pematuhan Bekalan Gas kepada pengusaha dobi di sini.

Katanya, antara penceramah yang dijemput adalah daripada pihak ECoS sendiri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Sebagai badan kawal selia bagi industri tenaga di Sabah, ECoS perlu memastikan reka bentuk sistem perpaipan gas di premis dobi dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan serta selamat digunakan oleh pengguna,” katanya semasa berucap dalam seminar terbabit.

Teks ucapannya dibacakan Ketua Pegawai Operasi ECoS Ridwan Sham.

Bercakap lanjut beliau berkata, mana pengusaha yang gagal mematuhi perkara ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 4 (3) Enakmen Bekalan Gas 2023.

“Sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Untuk kesalahan berulang, denda tambahan sehingga RM1,000 sehari atau sebahagian daripada sehari boleh dikenakan selepas disabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, sesetengah pengusaha dobi masih tidak mengetahui atau mengabaikan piawaian undang-undang dan keselamatan di dalam premis sehingga berisiko mengakibatkan kemalangan, kebakaran atau letupan akibat kebocoran gas.

“Selain menganjurkan seminar kesedaran, ECoS akan menjalankan pemeriksaan secara berkala di premis dobi yang beroperasi tanpa lesen sah daripada ECoS dan surat amaran akan dikeluarkan bagi memastikan Enakmen Bekalan Gas 2023 dan Peraturan Bekalan Gas 2023 dipatuhi sepenuhnya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044547 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list