View: 40208|Reply: 1
|
[Tempatan]
Membawa Kereta Kebal Ke Sekolah
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya rasa bangga dapat pandu 'kereta kebal', kawan-kawan pula bersorak dan puji 'kereta' hebat. Ramai juga orang tengok video saya bawa kereta kebal di TikTok, saya rasa teruja," kata Uwais Alqarni Abd Rahim.
Uwais Alqarni, 7, mendapat perhatian di TikTok selepas video dia 'memandu' kereta kebal daripada basikal sempena pertandingan menghias basikal Merdeka peringkat sekolah dikongsikan di TikTok yang meraih lebih 700,000 tontonan.
Inovasi itu dilakukan ibu bapanya, Aisyah Hamat, 44, dan Abd Rahim Hassan, 44, dalam masa empat jam pada Khamis lalu demi merealisasikan impian Uwais Alqarni yang juga anak bongsu daripada empat beradik menyertai pertandingan itu.
Lebih mengujakan kereta kebal itu turut dilengkapi dengan 'meriam' yang dihasilkan daripada botol terpakai dan turut mengeluarkan das tembakan menggunakan pop hari lahir.
Uwais Alqarni berkata, dia meminati kerjaya anggota tentera yang menjaga keamanan negara serta memilih profesion itu sebagai cita-citanya apabila dewasa kelak.
Menurutnya, dia teruja apabila ibu bapanya membantu membina kereta kebal itu meski pun hanya daripada kotak terpakai dan sangat menghargainya.
"Seronok sangat rasa macam bawa kereta kebal dan jadi askar sebenar sebab saya pakai baju (seragam) tentera juga.
"Paling seronok bila kawan bersorak, panggil nama saya ketika saya pandu 'kereta' itu," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, Aisyah berkata, 'kereta' berkenaan dihasilkan pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari pertandingan kerana pada mulanya mereka menyangka tidak akan menyertai aktiviti itu kerana Uwais Alqarni tidak sihat beberapa hari.
Katanya, mereka menunaikan hasrat anak yang tetap mahu menyertai pertandingan itu dengan penuh bersemangat dan turut serta membantu mereka menyiapkan binaan berkenaan.
"Semua barang kami guna apa yang ada di rumah saja seperti kotak terpakai, pelekat, pengetat kabel dan botol air.
"Kami cat guna semburan warna hitam dan hijau dengan padanan coklat daripada warna kotak yang nampak seperti kereta kebal 'real'.
"Kami buat suka-suka saja untuk anak dan anak juga bantu kami siapkan binaan itu, daripada demam terus sihat dapat 'kereta kebal' sebab anak memang minat bidang ketenteraan," katanya menetap di Taman Cheras Jaya di sini,
Katanya, inovasi 'mengejut' itu mendapat tempat pertama dan anaknya menerima hadiah kemenangan sebanyak RM100 namun apa yang lebih menggembirakan mereka apabila anak mempunyai semangat meraikan bulan Kemerdekaan.
"Kami memang membiasakan anak-anak menyertai aktiviti kemerdekaan kerana bagi saya semangat kemerdekaan perlu disemai serta dipupuk dengan cara sebegini sejak kecil.
"Boleh dikatakan setiap tahun semua anak akan sertai aktiviti di sekolah atau tadika. Kali ini tak sangka pula Uwais dapat perhatian kerana kereta kebal itu," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik lah parents macam ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|