CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49867|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh premis makanan di Sibu diberi notis amaran berhubung penjagaan tandas, dapur

[Copy link]
Post time 1-9-2024 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Yiing (kanan) ketika memeriksa tandas salah sebuah premis kedai makanan dalam operasi tersebut di Sibu pada Khamis.

SIBU: Sebanyak tujuh premis kedai makanan di sini diberikan notis amaran atas kesalahan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam penjagaan tandas dan dapur oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada Khamis.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, tindakan itu diambil ketika jawatankuasanya bersama kakitangan jabatan itu melakukan operasi pemeriksaan terhadap tandas-tandas premis kedai makanan di sekitar bandar ini.

"Antara kesalahan yang dilakukan ialah penggunaan peralatan dapur yang lama/pecah/sumbing dan rampasan telah dibuat.

"Manakala terdapat premis berkenaan turut didapati keadaan dapur mereka yang kurang bersih dan memuaskan.

"Bagi tandas pula, premis terbabit didapati tidak meletakkan notis 'No Smoking' di dalam tandas dan lantai tandas dalam keadaan yang basah," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Yiing berkata sebuah premis kedai makanan didapati masih menggunakan penyedut minuman plastik turut dirampas oleh pasukannya.

Beliau memberitahu, semasa operasi itu sebanyak lapan premis makanan di sekitar bandar ini telah diperiksa.

"Kita akan terus mengadakan operasi yang sama pada masa akan datang. Diharap premis kedai makanan sentiasa mematuhi garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"MPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik premis kedai makanan jika didapati bersalah dan mereka boleh dikenakan kompaun jika masih melakukan kesalahan yang berulang," tegasnya.

Yiing turut menasihatkan agar pemilik premis kedai makanan sentiasa mengutamakan kebersihan khususnya di bahagian dapur seperti alatan dan juga tandas mereka bagi menjamin kesihatan orang ramai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063866 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list