CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17533|Reply: 18

[Jenayah] Terpaksa Membatalkan Tayangan, Asteruk Kejap-Kejap Call Paksa Beli Akaun Komersial!

[Copy link]
Post time 2-9-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode


Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy dengan dukacitanya mengumumkan bahawa sesi tayangan skrin besar EPL dibatalkan.

Sebelum ini beliau mahu mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakyat menerusi sesi tayangan skrin besar perlawanan tumpuan, Manchester United lawan Liverpool.

Beliau merancang mahu mengadakan sesi tersebut di Dataran Duyong pada hari ini.

Tetapi ianya terpaksa dibatalkan. Ini kerana ada isu dengan akaun komersial melibatkan pakej sukan oleh Astro. Beliau juga mendapat tahu bahawa akaun MUTV juga tidak boleh digunakan.

Mohd Noor Helmy berkata menerusi siaran Facebooknya: “Dukacita dimaklumkan big screen dibatalkan. Kami tahu yang hak mutlak penyiaran EPL milik Astro.

“Kalau nak on big screen, kena beli pakej sukan komersial. Harga pakej tu dalam RM10 ribu khabarnya. Kalau tak beli pakej, pegawai Astro akan datang keluarkan notis untuk tindakan mahkamah.

“Jadi, kami cadang guna account MUTV tapi rupanya tak boleh guna untuk tontonan umum. Kalau umum, kena minta kebenaran Astro juga.

“Ada kedai yang memiliki akaun komersial nak bagi guna akaun dia pun tak boleh sebab tak dibenarkan bersiaran di alamat yang berbeza dari tempat berdaftar. Yang ni kami baru tahu.

“Kemudian beberapa hari ni kejap-kejap wakil Astro call pegawai-pegawai Japerun Duyong.

“Mula mula, diri ni positif juga anggap pegawai Astro ni niat baik, tapi bila berulang-ulang cakap menekan-nekan paksa beli akaun komersial, rasa macam mengugut pun ada. Pasal kami di pihak yang salah kan, jadi kami akurlah.

“Nak beli akaun komersial memang taklah. Silap-silap yang akaun Astro cerita ulang-ulang kat rumah ni pun nak potong Isnin nanti.”

Beliau menambah, awalnya dia mahu mengumumkan pembatalan sesi skrin besar di Dataran Duyong itu dengan hantaran pendek, namun kerana tekanan daripada pihak penyiar tersebut ke atasnya, beliau terpaksa menjelaskan panjang lebar.

Seterusnya, YB Helmy juga menyatakan beliau memang awalnya tidak merancang mengadakan sesi itu di kedai mamak, namun oleh kerana mahu menyokong peniaga peniaga di tapak niaga yang baru, maka beliau mahu mengadakan ‘live party’ itu di Dataran Duyong.

Beliau menjelaskan: “Mulanya rasa nak maklum gitu gitu je batal. Tapi bila yang call ni menekan nekan, senang lah sekali kita bukak cerita terus. Kronologi apa yang dah diusahakan. Takyah cerita belakang.

“Apa pun memang salah saya tak study betul.

“Boleh je nak buat kat kedai mamak tapi saya nak support tapak niaga baru. Tempat baru nak hidup. Nak mudah memang kedai mamak je. Sama gak nak kena bayar akhirnya. Cuma dari bayau [bayar] astro, lagi baik bayau roti canai dengan teh tarik satu kedai.

Namun begitu, YB Datuk Mohd Noor Helmy bercadang untuk menukar tempat untuk sesi big screen itu dan akan memaklumkannya kepada semua.

Beliau berkata: “Apa pun kami tukar port nanti. Akan lepak kedai kawan yang sudi bagi pinjam akaun komersial dia (walaupun tak berjaya) sebagai tanda terima kasih.

“Mana port nanti akan diberitahu semula. Maaf ya. Silap saya.”

Sebentar tadi YB Helmy mengemaskini bahawa dia akan berada di kedai mamak untuk menyaksikan aksi EPL dan dia menunaikan janjinya, lebih baik wang RM10k digunakan untuk belanja rakyat di sekitar makan roti dan teh ais.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2024 05:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2024 04:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Anney, kadawalley, teh tarik wunnek!





Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 04:42 PM | Show all posts
Bola EPL dan Liga Luar Malaysia lain bukannya penting pun..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 05:27 PM | Show all posts
Tapi YB Helmy ni perform habis gitew.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya Ananda. Kaki sakau. Semoga Astro punya saham menurun mcm Starbuck dgn MCD
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rtm cepat2 la amik peluang ni platform dah ada kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat akak dolu-dolu, Astro siar feed hashtag tandapagar tanpa tapis, habis segala kote bulu tetek panjang keluar





@arienaa_: Kоte bulu...jibam kоte bulu..dan sys tetek panjang

#OhMyEnglish
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kuali astro untuk menggoreng:





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:54 AM | Show all posts
aku tengok kat FB mocik pocik marah PMX sebab astro teruk ahahhhaahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 10:06 AM | Show all posts
Nasib baik aku dah potong astro 10 tahun lepas... dengar cerita sekarang macam2 cara depa buat taknak kasi orang potong..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 10:21 AM | Show all posts
adik meols subscribe astro sebab nak tgk sports...slalu kena call by their ppl....account blum due date pun hari2 call suh byr padahal dah bgtau, akan byr sebelum due...eh tak faham bahasa, esoknyer call lagi...dan lagi...

nak unsubcribe tapi Astro jer ada live sport event....gomen Msia patut hentikan monopoly by Astro nie...


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 04:26 PM | Show all posts
tepisket.. replied at 2-9-2024 07:15 PM
Rtm cepat2 la amik peluang ni platform dah ada kot.

Tak mungkin RTM tayang bola Liga Luar Malaysia termasuk EPL, kalau tayang pun produktiviti terjejas dek siaran langsung bola Liga Luar Malaysia khasnya dari Eropah.

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 3-9-2024 10:06 AM
Nasib baik aku dah potong astro 10 tahun lepas... dengar cerita sekarang macam2 cara depa buat takna ...

Aiol dah kena..kena penalty RM600/- sebab tamatkan kontrak sebelum waktu..lantaklah..dari kena bodoh tiap2 bulan bil naik sikit2..hare tul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahlah nak terminate punya susah.

Owner dah meninggal mcm mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-9-2024 07:36 PM
Teringat akak dolu-dolu, Astro siar feed hashtag tandapagar tanpa tapis, habis segala kote bulu tete ...

Akak pulak teringat astro punya program konsert merdeka entah tahun bila tah aznil jemput sorang budak naik atas pentas lepas tu heols tanya selain bangsa melayu cina india, ada bangsa apa lagi di malaysia, lepas tu budak tu pi jawab bangsaaaaaa…. BANGSAT! sisssssss…..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 3-9-2024 10:21 AM
adik meols subscribe astro sebab nak tgk sports...slalu kena call by their ppl....account blum due d ...

Sama laki meols astro kt umh mak dia
Kami pkai akaun yg sama buat on the go
Olympic ke epl ke tgk kt lptop hdmi kt tv haha gigihh
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-9-2024 07:36 PM
Teringat akak dolu-dolu, Astro siar feed hashtag tandapagar tanpa tapis, habis segala kote bulu tete ...

tetek panjang puting panjang mcm si ipan tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.208361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list