CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40777|Reply: 8

[Jenayah] Tak Pernah Membuka Akaun, Menerima SMS Dari Bank Rakyat!

[Copy link]
Post time 2-9-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode


Hari ini (2 September), kecoh apabila sesetengah individu menerima SMS didakwa dari Bank Rakyat yang menyatakan mungkin wujud isu berkaitan data yang dikesan dalam sistemnya.

Akaun Facebook Pendakwah Teknologi memuat naik tangkap layar mesej teks tersebut yang didakwa dari Bank Rakyat menerusi nombor ‘shortcode’ 66300.

Ia turut meminta pengguna agar menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau transaksi yang diragui.

Ramai Dakwa Tiada Akaun Bank Rakyat Tetapi Masih Terima SMS

Orang ramai meluahkan rasa gusar dengan kemungkinan pelanggaran data terhadap pelanggan Bank Rakyat.

Malah ada juga yang memaklumkan bahawa mereka telah menutup atau tidak pernah membuka akaun dengan bank tersebut namun masih menerima notifikasi yang dihantar.

Dalam masa sama, beberapa individu turut memuji tindakan Bank Rakyat yang telus dan pantas memaklumkan hal tersebut kepada pelanggan.

Seorang individu berkata dia mungkin menerima SMS tersebut memandangkan dia merupakan penerima kad siswa dari Bank Rakyat.

Belum Ada Kenyataan Dari Bank Rakyat

Carian kami tidak menemukan sebarang kenyataan daripada pihak Bank Rakyat di mana-mana akaun media sosial mahupun laman webnya.

Menurut The Star, Bank Rakyat berkata ia akan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

Tambahnya lagi, mereka juga telah menghubungi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mendapatkan komen.
“SMS Mengandungi Pautan & Nombor Telefon Dilarang” – SKMM

Sebagai info, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa jenis kandungan melalui SMS dilarang bermula 1 September sebagai usaha melindungi pengguna daripada penipuan.

Larangan ini merangkumi pautan, permintaan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi.

Katanya, aduan boleh dilakukan kepada pihak SKMM melalui laman rasmi jika masih menerima SMS sedemikian.

Selain menggesa pengguna agar sentiasa berwaspada dengan SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut, orang ramai juga diingatkan agar berhati-hati dengan mesej serupa yang dihantar melalui platform komunikasi lain termasuk Google RCS, Apple iMessage, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2024 10:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2024 11:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2024 11:05 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
eh iols dapat jugak tapi sebab tak pernah ada acc bank rakyat, ku ignore je la msg tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun dpt jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la dapat jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai seorang rakyat, kita pasti akan dapat sms tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya misti pillay!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041019 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list