View: 40186|Reply: 5
|
[Tempatan]
'Maintain' bukan budaya kito.Baru Dua Minggu DibukaTaman Kucing Di Klang Didakwa Abai Kebajikan Haiwan Terbiar, Ada Kucing Yang Mati
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 2-9-2024 11:19 PM
Tular di media sosial baru-baru ini selepas seorang pengguna di laman X berkongsi keadaan yang berlaku di sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor
Dia meluahkan rasa terkejut apabila melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor seolah-olah terbiar meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.
Dalam ciapannya, dia menunjukkan keadaan di sekitar pusat pelindungan tersebut dan mendakwa sehingga ada kucing yang mati di situ.
"Taman Kucing Klang ialah taman perlindungan baharu yang dibina oleh Sime Darby Property dan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang, bertujuan untuk kucing terbiar. Mereka memberitahu "mewujudkan taman ini sekali gus menjadikan ia sebagai tempat selamat dan penuh sayang untuk kucing"
"Tetapi apa yang kita lihat berkata sebaliknya. Ia dibuka secara rasmi pada 18 Ogos 2024 dan tidak sampai 2 minggu, ini yang kami perhatikan di tempat itu pada 31 Ogos 2024," tulisnya.
Menurut sumber, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah taman kucing di Klang, Selangor untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang menyatakan terdapat pengabaian kepada kebajikan haiwan berkenaan.
"Berdasarkan pemerhatian yang kita buat menerusi video tersebut, spesifikasi tempat itu tidak menepati Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan kondusif tempat juga tidak menepati yang sepatutnya.
"Pembukaan tempat perlindungan ini bukan berapa modal dibina tetapi kesediaan dan kesinambungan menyeluruh terhadap pengurusan itu penting," katanya.
Difahamkan, individu berkenaan datang kembali untuk melihat keadaan di pusat itu selepas tular dan mendapati ia bertambah lebih baik daripada sebelum ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i baru ternampak berita ni kat web, terus masuk sini cari berita ni.
bodo la sape yg buat taman ni tp tak bertanggungjawab. tak blh ke mcm jepun turkeye sana, kucen2 sume bio je merata tapi elok org ramai bg mkn n bela drg.
under sime darby kan, takde peruntukan lgsg ke utk hire staff jaga kucen2 tu?
berlambak kot program neuter. rasa kena rekod sape yg bela kucen kena buat bancian supaya drg tak breed kan sesuka hati, pastu bila kucin dah branak byk buang merata. |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang jumpa kucing putih tompok2 oren rasa mau kidnap |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak mampu jaga..lepaskan lah. Biar kucing2 tu hidup secara semula jadi cari makan. Bodohlah sapa kurung kucing... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya.. nk buat tu cari la shelter yg dah sedia ada, minta nasihat pandangan, buat jv ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
|