View: 42542|Reply: 64
|
[Tempatan]
Bermuka Helok Dan Kurus, Melantak 8KG Salted Butter Chicken Jibril SS15!
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 4-9-2024 02:34 PM
Bercakap mengenai makanan berasaskan ayam, tak dinafikan ia merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai.
Malah kini ramai yang mula kreatif dengan mempelbagaikan menu berasaskan ayam antaranya Butter Milk Chicken iaitu ayam yang dimasak bersama mentega, daun kari serta susu.
Tidak kurang juga ada yang meletakkan telur masin bahagian kuning untuk menambahkan lagi rasa lemak kepada menu tersebut.
Lelaki makan 8 kg hidangan Ayam Butter Milk
Baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dari Singapura telah berkunjung ke sebuah restoran yang terkenal dengan menu Buttermilk Chicken iaitu Jibril di SS15, Subang Jaya, Selangor untuk merasai hidangan berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zermatt Neo, dia telah memesan satu pinggan besar ayam masak mentega bersama dengan udang dan juga lobster.
Namun apa yang lebih menarik perhatian, ia bukanlah satu hidangan kecil sebaliknya boleh dimakan sekitar empat ke lima orang.
Malah Zermatt mengatakan nasi yang berada dalam pinggan itu sahaja sudah seberat 4 kilogram (kg). Apabila hidangan itu sampai di atas meja, dia kemudian mula dengan memakan ayam terlebih dahulu.
Puji makanan sangat sedap
Sebaik merasainya kelihatan dia seperti menganggumi masakan tersebut dan mengakui ia sedap. Malah di pertengahan rakaman tersebut Zermatt memuji masakan itu sangat sedap selepas merasai ayam dan juga udang.
Apa yang lebih mengejutkan, Zermatt mampu menghabiskan hidangan besar tersebut sendirian dan makanan itu licin serta tiada sedikit pun makanan yang dibazirkan.
“8 kg cabaran makan ‘Salted Butter Chicken’ di Jibril SS15. Malaysia! Ini adalah cabaran makan makanan yang paling berkrim yang pernah saya lakukan.
“Dua suapan awal ia sangat sedap namun tekstur berlemak membuatkan saya seperti dilanggar tembok (mungkin sukar untuk menghabiskannya),” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ramai teruja lihat Zermatt mampu habiskan hidangan besar
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut bertanya ketika menikmati hidangan yang besar itu adakah Zermatt tidak berasa muak atau jelak untuk menghabiskannya.
Malah ada juga yang pelik bagaimana Zermatt mampu menikmati satu hidangan besar dalam satu masa.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka berasa kenyang sebaik melihat video Zermatt.
Dalam video lain yang dimuat naik, Zermatt turut ada berkongsi beberapa lagi cabaran lain dilakukannya seperti memakan lebih 6kg piza, 7kg pasta dan banyak lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_almondpecan at 3-9-2024 03:44 PM
Dia ni memang selalu 8kg sekali melantak in one sitting. Ada sekali dia datang ke KL makan buffet jepun ada wagyu, lobster apa semua. Lepas dia melantak macam2, boss kedai tu suruh stop sebab mamat ni dah makan dalam RM30,000. Boss tu kata dia pun nak buat bisnes juga so dah rugi besar. Ramai juga kutuk boss kedai tu sebab kalau tak boleh handle orang makan banyak, jangan promo all you can eat.
Edit: Rupanya collab dengan kedai tu Kobu by Wagyu Tavern. Tapi kedai tu kata dia memang makan 30k worth of food. Nak menunjukkan berbaloi kot makan kat situ boleh melantak sampai 30k. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 2-9-2024 03:40 PM
Dia ni memang selalu 8kg sekali melantak in one sitting. Ada sekali dia datang ke KL makan buffet je ...
Sapa soh challenge competitive eater kan. Tapi sedap la nampak tempat tu. Tingin ghaso. |
|
|
|
|
|
|
|
Nikocado avocado tersenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
Jibril sooo overated. Pastu kedai dia lighting malap yg amat, dah ala2 bar pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap saka hantu raya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo makan lauk je ok lg mcm abam nasi kandar haritu, ni sekali 4kg nasi ko balun.. haiyoo.
btw, tak faham sgt hype butter milk Jibril ni.. pernah mkn yg kt Bangi tp biasa je kt tekak aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kapel mat saleh yang buat tiktok makan2 macam ni, masa mula2 kurus, lepas setahun dua terus jadi gundu XXXL dedua tahla, iols masih menten ikut saranan Tun M, makan nasi besar penumbuk je, amik lauk lebih.
diorang yang selalu buat challenge ni kena banyakkan berjalan kaki setiap hari. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk bidio mukbang cmni & yg sewaktu dgnnya ngn aku skali rasa nk meletop perot
Dorg ni bila berak ntah brapa kilo la agknya skali tubik |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada bbrp org mati bermukbang..masih ada lagi yg nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 2-9-2024 11:40 PM
Dia ni memang selalu 8kg sekali melantak in one sitting. Ada sekali dia datang ke KL makan buffet je ...
Kat US ada jahh org target all you can eat buffet.. mkn byk2, pastu kena ban.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke jibril punya buttermilk chicken neh?
Iols nak try tapi memikirkan parking mcm harey iols.simpan.dulu hasrat di hati...haha |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 3-9-2024 01:15 AM
Nikocado avocado tersenyum sinis.
Hidup lagi ke mamat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 3-9-2024 06:49 AM
Kat US ada jahh org target all you can eat buffet.. mkn byk2, pastu kena ban..
Ya macam casino la juga. Orang yang menang banyak biasa kena blacklisted dan tak bagi masuk dah. Kena cari casino lain yang belum kena banned. |
|
|
|
|
|
|
| |
|