CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27609|Reply: 3

China lindungi hak selepas perlanggaran kapal Filipina

[Copy link]
Post time 3-9-2024 08:20 AM | Show all posts |Read mode





BEIJING: China menegaskan bahawa negaranya sedang mempertahankan hak mereka di Laut China Selatan.


Ia selepas Filipina mengeluarkan rakaman yang menunjukkan sebuah kapal penjaga pantai China merempuh salah satu kapal negara itu ketika konfrontasi di laut.


Kedua-dua negara saling menuding jari terhadap insiden itu.


Kejadian itu berlaku di luar Sabina Shoal yang terletak 140 kilometer (86 batu) barat Pulau Palawan Filipina dan kira-kira 1,200 kilometer dari Pulau Hainan.


Rakaman yang dikeluarkan oleh penjaga pantai Filipina menunjukkan kapal China merempuhnya dari belakang.


Rakaman lain juga menunjukkan seperti perlanggaran yang disengajakan.


Ketika ditanya mengenai rakaman itu, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, mengulangi dakwaan bahawa Filipina sengaja merempuh kapal China.


"unca utama situasi semasa adalah Filipina menghantar kapal penjaga pantai untuk berlegar di Xianbin Reef dalam tempoh yang lama dan cuba mendudukinya secara kekal.


"Tindakan China di Xianbin Reef adalah bagi melindungi hak dan menjaga kedaulatan wilayah China serta kepentingan maritimnya yang sah," katanya.


Beijing mengemukakan tuntutan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun terdapat tuntutan bersaing dari negara lain dan keputusan mahkamah antarabangsa yang mengatakan tuntutan itu tiada asas undang-undang.


Jurucakap penjaga pantai Filipina, Commodore Jay Tarriela berkata, perlanggaran Sabtu lalu adalah kejadian kelima gangguan maritim China pada bulan Ogos. - AFP




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2024 10:05 AM | Show all posts
china ni mmg
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Even kna sondol  pun, still x berani nk counter attack. Patut kena tukar nama laut x blh nama negara......habis dia claim
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn ada keadilan antarabangsa skrg ni. Sp yg kuat dia la yg menang. Tgk Kes Palestine suda la. Walaupun Palestine kena serang x de sapa yg berani nak protect sbb Isreal, us Dan UK negara kuat. X de sapa berani. Setakat gertak2 manja mcm Iran Dan Russia buat tu je la yg mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044944 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list