CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32689|Reply: 0

[Sarawak] TOP Hospital Miri mengadakan kaunter pendaftaran pengikrar penderma organ

[Copy link]
Post time 3-9-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode


TOP Hospital Miri mengadakan reruai dan kaunter pendaftaran pengikrar penderma organ yang diadakan dari 27 hingga 30 Ogos lalu.

MIRI: Unit Tissue and Organ Procurement (TOP) Hospital Miri mengadakan reruai dan kaunter pendaftaran pengikrar penderma organ dari 27 hingga 30 Ogos lalu.

Hospital Miri dalam satu kenyataan hari ini, berkata, ia diadakan sempena Program Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Hospital Miri 2024.

"Objektif pembukaan reruai dan kaunter pendaftaran pengikrar pendermaan organ adalah bagi meningkatkan kesedaran kakitangan Hospital Miri dan orang awam berkaitan pendermaan organ," katanya.

Pada masa sama, bagi memberi keyakinan kepada kakitangan pentingnya pendermaan organ sebagai tanda sokongan moral kepada pesakit yang berada dalam senarai menunggu organ daripada penderma selepas kematian.

Selain itu, ia memberi peluang kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dan orang awam menyatakan hasrat mereka berikrar sebagai penderma organ selepas kematian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039668 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list