CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40592|Reply: 9

Sumbangan RM15 juta: FAM bersyukur dapat ‘durian runtuh’

[Copy link]
Post time 3-9-2024 10:21 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi peruntukan RM15 juta bagi memperkasakan pasukan Harimau Malaya.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu sebentar tadi, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bakal mengadakan pertemuan dengan Anwar dalam masa terdekat.


Menurut FAM, pertemuan itu akan membentangkan struktur organisasi pengurusan pasukan kebangsaan bagi merealisasikan usaha mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.


“Sudah tentu FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan itu selain beliau sendiri menyatakan secara peribadi untuk memantau dan membantu dalam usaha memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya,” kata FAM dalam kenyataan.


Sebagai rekod, Anwar ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya, pagi tadi mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta buat skuad Harimau Malaya.


Kata Anwar, RM10 juta daripada jumlah berkenaan disumbangkan oleh kerajaan manakala RM5 juta daripada pihak swasta khusus buat pengurusan, latihan serta kebajikan para pemain kebangsaan.




Sumber -KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2024 03:51 AM | Show all posts
whatever
orang dah hilang kepercayaan

it takes years, decades to build trust
but only seconds to lose one
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
harap dpt urus ngan baik.. klu x pandai tadbir jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Midin ni bila la nak bersara bagi lah muka baru.dah terlalu lama orang dalam FAM takdbir tak ada perubahan pun.bagi anak muda pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:16 AM | Show all posts
menyampah aku tengok muka dia, next.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakyakyeyyyyh fulussssss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2024 08:50 AM | Show all posts
hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Byk duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 08:12 AM | Show all posts
15 juta utk midin?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 08:45 AM | Show all posts
yang tukang bagi duit ni dia tak fikir ke? bagi duit berbillion-billion tapi management lama, ke laut....ehhh bukan duit dia, duit rakyat dia bagi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.100000 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list