View: 27510|Reply: 20
|
[Tempatan]
Budak 10 tahun pandu kereta terbabit kemalangan
[Copy link]
|
|
Budak 10 tahun pandu kereta terbabit kemalanganOleh Ahmad Hasbi - September 4, 2024 @ 3:39pm
[email protected]
Kereta dipandu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian, di sini, malam tadi. - Foto ihsan polis
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikesan memandu kereta milik keluarganya bersama rakan hingga terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di sini, malam tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 itu, kereta terbabit turut dinaiki seorang lagi kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama rakannya berusia sembilan tahun.
Kereta itu dipercayai milik ibu bapa kanak-kanak berkenaan, manakala rakannya pula adalah anak kepada jiran.
"Mereka dari arah Apartment Arowana Impian ke Taman Arowana Impian. Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu dikatakan terbabas ketika melalui selekoh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kereta terbabit kemudiannya dikatakan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di kiri bahu jalan.
"Akibat rempuhan itu, van berkenaan menggelongsor ke hadapan dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya," katanya.
Beliau berkata, polis menasihatkan semua pihak untuk mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga supaya memantau tindakan anak-anak bagi mengelak kejadian seperti itu.
"Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan dan jika pelaku adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan diambil tindakan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ko tak mati dik, tapi mati la ko balik umah kang sbb mampus mak bapak nk bayar langgar kereta orang |
|
|
|
|
|
|
|
Polis tlg gertak sikit bebudak tu
Tau nak seronok je |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak cuai... Patut tangkap masuk penjara sebagai pengajaran mak pak lain.
Membahayakan org lain masalahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak kerja shift malam ke, anak2 terlepas boleh keluar malam2 ni? Patut le kadar kelahiran makin menurun dik, risau dpt perangai anak2 gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak langgar motor @ pejalan kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak gaya kete lama tu kalau manual mmg hebat budak ni. mak pak xperasan ke? jgnla ajar budak2 bwk kete n simpan kunci kt tempat selamat |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti pernah drive memana ni cuma tak eksiden jer...
kali ni tereksiden plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Masukkan dalam lokap dua hari dua malam. Buat pengajaran. Menyusahkan orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong sebat ibubapa budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak yg bagi anak drive takde lesen, bwk kete, bwk moto mcm setan ni semua elok kena sebat, termasuk la mak bapak budak kecik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
anak pakis gomen bg PR lg ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
bdk2 yg drive kereta ni mmg diajar makayah ke sejenis berani tgk cara makayah drive pastu nak try?
runsing anak2 terlalu berani mencuba ni. makayah pun anak 10thn takkan keluar rumah malam2 tak sedar? |
|
|
|
|
|
|
|
Good suggestion. Kalau boleh mak bapak sekali biar serik lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa drive ke bdk ni berani semcm. Ank jiran pun ngikut sama. nsib baik xde smpai org lain mati. Kwn dia tu umur bru 9 taun biasanya rendah kecik lg ntah2 smbil bdiri dpn dashboard tlong mmber sbelah drive tunjukkn jln |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak melibatkan kecederaan
yg kat belakang kete tu ke bebudaknya
klu aku jd bapak mmg kena penampo anak2 bt perangai mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 la skrg ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|