CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39223|Reply: 0

[Johor] Jambatan baharu RM9.3 juta bakal manfaatkan 10,000 penduduk

[Copy link]
Post time 5-9-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad (tengah) meninjau lokasi projek di Kampung Baru Tengah, Kluang, Johor. NSTP/Mohamad Fahd Rahmat

KLUANG: Lebih 10,000 penduduk sekitar yang menggunakan jambatan sempit dan uzur di Kampung Baru Seri Tengah, di sini, lega selepas jambatan baharu berharga lebih RM9.3 juta bakal dibina tahun depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata jambatan sedia ada akan dinaik taraf daripada satu kepada dua lorong mengikut spesifikasi piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, projek berkenaan kini pada peringkat kerja ukur dan tender dijadual diiklankan pada Februari 2025, seterusnya penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dijadualkan pada Jun 2025.

Katanya, kepesatan pembangunan di Kluang meningkatkan bilangan aliran trafik hingga menyebabkan kesesakan pada jalan utama.


"Kesannya, kebanyakan penduduk tempatan menggunakan laluan alternatif atau jalan pintas di kawasan perumahan dan jalan kampung seperti Jalan Kampung Baru Seri Tengah untuk menjimatkan masa bagi menghubungkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan DUN Paloh.


"Jalan ini juga menjadi laluan utama penduduk Kampung Baru dan Kampung Tengah, malah laluan dari kawasan Paloh ke Pekan Kluang, tetapi mengalami kesesakan terutama pada waktu puncak kerana terdapat Masjid Kampung Baru, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Tengah, tadika dan Madrasah Darul Ulum Miftahul Falah di situ.

"Kesesakan lalu lintas di laluan ini berpunca daripada jambatan sempit (kelebaran 4.6 meter) yang membolehkan pergerakan sehala saja dengan kenderaan dari arah bertentangan perlu berhenti memberi laluan," katanya selepas meninjau lokasi projek di Kampung Baru Tengah di sini, hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya berharap pasukan pengurus projek dapat merealisasikan pelaksanaan projek berimpak kepada rakyat MADANI di Kluang ini selaras hasrat program MYJalan yang ingin menyediakan infrastruktur selamat dan selesa.

sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054186 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list