CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38454|Reply: 0

Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu media sosial diharamkan bagi kanak-kanak di bawah 14 tahun

[Copy link]
Post time 5-9-2024 11:43 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mahu penggunaan media sosial diharamkan bagi kanak-kanak berumur bawah umur 14 tahun, kedua tertinggi selepas Indonesia, menurut kaji selidik oleh syarikat penyelidikan pasaran global, Ipsos.


Dalam kenyataan hari ini Ipsos mendedahkan bahawa 71 peratus daripada responden Malaysia bersetuju bahawa kanak-kanak bawah 14 tahun perlu dilarang menggunakan media sosial di dalam dan di luar sekolah, manakala Indonesia mencatatkan sejumlah 79 peratus.


Kaji selidik itu juga mendapati 51 peratus rakyat Malaysia bersetuju kanak-kanak pada umur yang sama perlu dilarang menggunakan telefon pintar di dalam dan di luar sekolah, manakala 29 peratus bersetuju mereka juga harus dilarang menggunakan ChatGPT.


Mengenai tanggungjawab mengajar celik digital dan topik keselamatan dalam talian, tinjauan mendapati 56 peratus rakyat Malaysia percaya guru dan sekolah harus memikul tanggungjawab itu manakala 39 peratus bersetuju tanggungjawab itu terletak kepada ibu bapa.


Kaji selidik itu mendapati rakyat Malaysia yakin kualiti pendidikan negara semakin bertambah baik, tetapi kurang daripada separuh menganggapnya sebagai satu sistem kualiti yang baik iaitu 44 peratus rakyat Malaysia menilai kualiti keseluruhan sistem pendidikan di negara ini sebagai baik, manakala 25 peratus lagi menganggap ia sebagai sebaliknya.


Menurut kenyataan itu, ramai rakyat Malaysia percaya bahawa kurikulum harus memberi lebih penekanan kepada teknologi baharu.


"Di Singapura dan Indonesia, pendapat ramai lebih seimbang, dengan sedikit keutamaan untuk kurikulum semasa. Satu daripada lima rakyat Malaysia percaya bahawa teknologi baharu sudah mengambil terlalu banyak ruang," menurut kenyataan itu.


Kaji selidik itu juga mendapati 42 peratus rakyat Malaysia bersetuju kurikulum sekolah di negara ini memberi terlalu sedikit ruang untuk teknologi manakala 27 peratus berpendapat ruang yang mencukupi dan 20 peratus bersetuju terlalu banyak ruang.


Kaji selidik bertajuk 'Malaysians' opinions on technology in education' itu adalah berdasarkan temu bual dengan lebih 23,754 orang dewasa dalam talian di bawah umur 75 tahun di 30 negara, yang dijalankan dari 21 Jun hingga 5 Julai tahun ini.


Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.085802 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list