CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44411|Reply: 4

[Tempatan] Penceraian artis?Perkahwinan tanpa restu ibu bapa penyebab hilang keberkatan

[Copy link]
Post time 6-9-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Perkahwinan tanpa restu ibu bapa boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam rumah tangga dibina, selain tidak mendapat keredaan ALLAH SWT.



Pendakwah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid menegaskan, ia sekali gus memberikan kesan buruk kepada kebahagiaan hidup pasangan.

“Ketenangan dan kebahagiaan itu datang dari hati, tetapi jika perkahwinan tidak mendapat restu, hati tidak akan tenang walaupun mungkin rumahnya bertingkat-tingkat, wangnya melimpah-ruah, kasut berkilat-kilat mahupun mempunyai isteri cantik memikat.

“Apa yang diperoleh itu sebenarnya hanyalah bersifat luaran sahaja, tetapi dalamannya (hati), tiada kebahagiaan dan hilang ketenangan sebaliknya timbul kerunsingan serta pelbagai masalah dihadapi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Jelas Wan Akashah, pernikahan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang menyempurnakan sebahagian daripada agama dan tidak boleh dipandang remeh.

“Dalam Islam, perkahwinan suatu perkara yang disuruh oleh agama dan mendapat pahala.

“Untuk mendapat kebahagiaan, mesti dapatkan restu ibu dan bapa terlebih dahulu kerana apabila orang tua reda, maka dengan sendirinya ALLAH juga akan meredai mahligai yang dibina tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Akashah turut menegur sikap segelintir masyarakat yang mengambil sikap 'kahwin dulu, baru minta restu ibu bapa'.

Meskipun perkahwinan itu sah terutama bagi golongan lelaki yang tidak memerlukan wali untuk bernikah, tetapi tegasnya, ia adalah pandangan yang salah.

Jika dari awal lagi lagi sudah salah, katanya, ia akan membuahkan hasil yang sama kerana dalam kaedah usul fiqh Islam 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

“Walaupun matlamat kita baik, tetapi caranya salah dan kena ingat, ibu bapa pun ada kehormatan, maruah dan perasaan.

“Apabila mereka terasa hati dan menitiskan air mata, boleh jadi munculnya anak derhaka, sedangkan kedudukan orang tua begitu tinggi iaitu selepas ALLAH dan rasul-NYA,” jelasnya sambil mengingatkan umat Islam agar tidak membelakangkan ibu bapa jika mahu berkahwin.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 06:54 AM | Show all posts
tak tentu juga
ada kes bunuh isteri , perkahwinan tu diberkati kedua org tuanya
ikut nsib org
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Xleh guna pakai 100%
Dlm family aku sorg adik bradik kawen tadak restu.
Elok aman damai smpai sekarang ank² pn dh grad bdikari.
2² org kawen tadak restu ni dh nk pencen pon.
Meanwhile lg sorg adik bradik kawen ngn penuh restu ngn redho makpak dh bcerai berai tadak 2thn kawen.
Aku lebih pecaya jodoh tu semua rahsia auloh.
Hati tu auloh pegang & bolak balikkn.
Kalo kt loh mahfuz dh tulih jodoh tu sampai hujung nyawa or otherwise tu semua ketetapan auloh jua.
Makpak yg doa buruk² sbb ank kawen xdpt restu mmg jahat.
Tu jah aku ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada restu bukan penyebab perceraian.

1) Irma Hasmie berkahwin dengan restu. Siap berjumpa keluarga lelaki di Mekah. Masih bergerai juga.

2) Nora Danish dengan Nedim bercerai. Perkahwinan mereka tidak direstu ke?

3) Rasulullah saw restu perkahwinan Zaid dan Zainab. Tapi Zaid dan Zainab masih bercerai.

Dalam kes Zaid dan Zainab, punca mereka bercerai adalah kerana tidak sekufu. Kedudukan Zaid lebih bawah daripada Zainab.

Rasulullah suka Zaid kerana Zaid adalah pemuda yang baik. Sebab itu Rasulullah pada mulanya restu perkahwinan Zaid dan Zainab.

+ + +

Ibu atau bapa yang otak bermasalah akan produce anak dengan otak bermasalah.

Lelaki otak bermasalah akan attract perempuan otak bermasalah.

Bila suami dan isteri otak bermasalah, apa logiknya mereka akan bahagia?

Ibu atau bapa yang bijak tidak akan menjaja masalah rumahtangga anak kepada orang yang tak relevant.

Ibu atau bapa yang bijak juga tidak menjaja masalah rumahtangga anak di social media dan mainstream media.

+ + +

Kalau kita dilahirkan dalam keluarga bijak, sampai kita sendiri jadi orang bijak ... jangan sekali-kali berkahwin dengan manusia otak bermasalah. Jangan sekali-kali berkahwin dengan manusia yang dibesarkan oleh ibu-bapa atau penjaga yang ada otak bermasalah.

Kalau kita daripada keluarga bijak, kita berkahwin dengan orang sekufu. Orang yang datang daripada keluarga bijak juga.

Kalau kita orang bijak, kita berkahwin dengan orang sekufu. Kita berkahwin dengan orang bijak juga.

Islam memberi panduan supaya kita berkahwin dengan orang sekufu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo penah dgr ceramah UAI ada ckp restu keluarga tu bkn penentu kebahagiaan atau x kan bercerai.. ramai je keliling kita yg kawin ngan restu, grand2 bagai abih berpuluh ribu alih2 bercerai jugak.. yg x restu tu pun ada je kekal.. xde sapa pun tau dgn masa dpn kita ni kecuali Allah. ustad pun tolong lah ckp benda yg realistik.. keliling iols kwn2, kazen, opismate kawin semua restu pun bercerai.. ada yg cerai muda lg...so xleh ckp jgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041229 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list