View: 50631|Reply: 0
|
[Johor]
Bahan kimia dilupus di tepi anak Sungai Pandan, penduduk terkesan dinasihat segera ke fasiliti kesihatan
[Copy link]
|
|
Beberapa bungkusan tidak dikenal pasti dipercayai mengandungi bahan kimia ditemui dibuang di tepi anak Sungai Pandan, berhampiran kawasan Taman Daya, Johor. - FB LING TIAN SOON
JOHOR BAHRU: Penduduk yang tinggal di kawasan terdekat lokasi pencemaran bau dinasihatkan segera ke fasiliti kesihatan sekiranya berasa tidak selesa.
Ia susulan penemuan beberapa bungkusan tidak dikenal pasti di tepi anak Sungai Pandan, berhampiran kawasan Taman Daya, kelmarin.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata setakat ini tiada sesiapa tampil ke hospital atau klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan akibat pencemaran bau kimia dari lokasi berkenaan.
"Sekiranya penduduk berasa tidak selesa selepas menghidu bau tidak menyenangkan, disarankan untuk mendapatkan nasihat di hospital atau klinik berdekatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, pegawai kesihatan sudah membuat lawatan ke beberapa sekolah berhampiran lokasi berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan dan memberi panduan.
Tian Soon memaklumkan, beliau bersama penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor juga sudah melakukan pemeriksaan rutin di Kawasan Perindustrian Tebrau 1, semalam bagi memastikan kilang-kilang mematuhi peraturan JAS dalam pengurusan sisa industri atau kimia.
Katanya, JAS Johor komited mencari punca insiden pencemaran bau kimia yang memberi kesan kepada beberapa kawasan perumahan di Johor Bahru.
"Selain mencari bahan pencemar yang mungkin dibuang berhampiran sungai, JAS menjalankan pemeriksaan ke atas kilang-kilang di kawasan sekitar untuk memastikan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan sisa.
"Pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui sebarang perkara luar biasa. Oleh itu, pihak berkuasa akan meneruskan usaha pemeriksaan terhadap kilang-kilang," katanya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan menerima laporan berhubung pembuangan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Tebrau, pada jam 12.18 tengah hari semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad, berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dihantar ke lokasi dan mendapati ada bahan kimia tidak dikenalpasti dibuang di tebing sungai.
"Keluasan lokasi bahan buangan dianggarkan lebih kurang 15.2 meter kaki persegi. Sampel tanah, air dan minyak di lokasi diambil selain pembuangan bahan kimia dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) bersama JAS.
"JAS memasang penghadang minyak atau 'oil boom' dan 'absorbent' di lokasi terbabit," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|