|
KROSHIK. FOTO Agensi
Moscow: Seekor kucing yang pada asalnya diselamatkan dari bilik bawah tanah di sebuah hospital di Rusia, menjadi tajuk berita, baru-baru ini, selepas berat badannya didapati mencecah 17 kilogram (kg).
Mirror UK melaporkan kucing itu diberi nama Kroshik sempena makanan kegemarannya iaitu sejenis snek.
Tetapi, ia memakannya secara berlebihan menyebabkan kucing itu membesar sehingga saiz anak kecil.
Ia tinggal di ruang bawah tanah di sebuah hospital, di mana pekerja memberinya makan dengan biskut dan sup.
Tetapi, niat baik itu menyebabkan kucing itu menjadi gemuk.
Kroshik akhirnya diselamatkan oleh kakitangan penyelamat haiwan dan ia dibawa ke tempat perlindungan di Perm.
Oleh kerana terlampau gemuk, Kroshik sukar untuk berjalan.
Doktor haiwan di Pusat Perlindungan Matroskin di bandar itu bahkan tidak dapat melakukan imbasan ultrabunyi ke atas haiwan terbabit kerana lapisan lemaknya yang tebal.
Sukarelawan di pusat itu kini melaksanakan diet ketat terhadap Kroshik dan merancang untuk memberinya latihan di atas sawat injak atau treadmill supaya ia boleh berjalan semula.
Sukarelawan berhasrat untuk mengurangkan sehingga hampir tiga perempat atau kira-kira 4.5 kg daripada berat badan Kroshik.
Disiarkan pada: September 8, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
okey, good luck miaw diet elok-elok nanti boleh jalan-jalan, lompat-lompat, jumpa ramai kawan baru. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|