CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27643|Reply: 0

[Sarawak] Situasi pemerdagangan manusia di Malaysia masih di tahap membimbangkan

[Copy link]
Post time 12-9-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode


(Dari kanan) Lam, Chong dan ahli keluarga mangsa pada sidang media. Chong dilihat menunjukkan laporan polis dan menjelaskan mengenai kes tersebut kepada media.

KUCHING: Kedudukan Tahap 2 Malaysia dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2024 mencerminkan sedikit penambahbaikan, namun situasi pemerdagangan manusia di negara ini masih berada di tahap membimbangkan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, hakikatnya Malaysia yang disenaraikan dalam Tier 2 Watch List, masih berada di bawah pengawasan berterusan badan antarabangsa berhubung aktiviti pemerdagangan manusia.

Keadaan mendesak krisis pemerdagangan manusia ini katanya, semakin jelas apabila munculnya kes di Kuching baru-baru ini melibatkan seorang ibu yang membuat laporan polis mengenai kehilangan dua orang anaknya di Thailand.

Menurut Chong, dalam laporan tersebut, wanita itu menyatakan anak lelaki dan perempuannya yang masing-masing berusia 31 dan 41 tahun, telah hilang disyaki diseludup ke Myanmar sejak awal Ogos lalu.

“Pihak berkuasa masih belum membuat kemajuan ketara dalam mengesan mereka, menimbulkan kebimbangan bahawa kehilangan mereka mungkin dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

“Kes ini menyerlahkan keperluan segera bagi kerajaan mengambil tindakan yang lebih proaktif dan tegas untuk menangani isu pemerdagangan manusia dan penipuan kerja di Malaysia, khususnya di Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan itu menambah, kegagalan untuk bertindak menangani isu itu bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa malah memberikan kesan besar terhadap Malaysia terutama dari segi ekonomi.

Chong menjelaskan, sebelum dinaik ke Tahap Dua dalam Laporan JNAS mengenai Pemerdagangan Orang pada tahun ini, Malaysia terdahulunya pernah berada pada Tahap Tiga dan berhadapan larangan mengeksport produk tertentu ke Amerika Syarikat.

“Walaupun keselamatan anak-anak dan belia kita adalah yang paling utama, isu ini menjangkau jauh lebih daripada itu. Produk tertentu dari negara yang disenaraikan dalam Tahap 3 laporan tersebut dihadkan daripada memasuki pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

“Kesannya terhadap ekonomi adalah ketara, sehingga menjejaskan negara secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, Chong ketika mengulas mengenai kes kehilangan dua beradik tersebut berkata, Setiausaha DAPSY Sarawak George Lam membantu ibu mangsa membuat laporan polis dan menghubungi Kedutaan Malaysia di Thailand, kerana itu adalah lokasi terakhir diketahui sebelum lelaki tersebut dikatakan dipindah ke Myanmar.

“Di pihak kami, saya ingin menekankan beberapa perkara penting, terutama kepada belia kita yang mencari peluang lebih baik dan gaji lebih tinggi di luar negara.
“Sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila meneroka peluang di luar negara,” tegasnya.

Chong berkata pihaknya akan meneruskan usaha susulan, bukan sahaja dengan polis tetapi juga dengan Kementerian Luar Negeri dan konsulat di Thailand dan Myanmar untuk memastikan perkara ini ditangani secara menyeluruh.

Difahamkan, mangsa lelaki itu pergi ke Thailand bersama dua orang rakan untuk mencari pekerjaan namun pada awal Ogos lalu, mangsa menghantar pesanan menerusi aplikasi Messenger Facebook kepada ibunya dan meminta laporan polis dibuat agar dapat membantu mangsa pulang ke Kuching.

Mangsa juga memaklumkan ibunya bahawa dia telah ditipu dan sempat memberikan lokasinya yang dipercayai di Myanmar.

Susulan itu, kakak mangsa pergi ke Thailand untuk mencari mangsa dan dipercayai telah berjumpa dengan rakan mangsa, bagaimanapun dia juga gagal dikesan sehingga kini.

Hadir sama semasa sidang media adalah Lam dan ahli keluarga mangsa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.036339 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list