|
Empat kilang IKS di Jalan Bukit 2, Kawasan Perindustrian MEIL, di sini musnah dalam kebakaran. FOTO IHSAN BOMB
Pasir Gudang: Empat kilang industri kecil dan sederhana (IKS) musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit 2, Kawasan Perindustrian MEIL, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Sahran Akmal Mohamad berkata, kebakaran berlaku sejak 5.13 petang semalam dan operasi pemadaman masih dilakukan sehingga kini.
Menurutnya, kerja-kerja pemadaman dilakukan seramai 28 anggota bomba dari BBP Pasir Gudang, BBP Johor Jaya, BBP Tebrau, BBP Pontian Baru dan Pasukan Bomba Sukarela Mount Austin.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran empat kilang IKS di mana kilang 'fiberglass' terbakar lebih kurang 50 peratus, manakala kilang kejuruteraan terbakar 70 peratus.
"Setakat ini, api berjaya dipadamkan di dua kilang terbabit, manakala kerja pemadaman sedang dijalankan di kilang kosmetik yang musnah 70 peratus dan kilang makanan ringan musnah 50 peratus," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Sahran Akmal, operasi pemadaman mengalami kesukaran kerana tekanan air rendah dan halangan stuktur kilang yang runtuh.
"Kerja pemadaman disambung hari ini dengan pecahan dua sektor iaitu bahagian hadapan dan bahagian belakang kilang," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|