View: 39833|Reply: 0
|
[Johor]
Kaji guna teknologi AI untuk atasi isu kesesakan lebuh raya - Ahmad Maslan
[Copy link]
|
|
AHMAD pada sidang media selepas merasmikan program ‘Highway Concession Conference’ (HCC) 2024 di Johor Bahru. FOTO Izz Laily Hussein
Johor Bahru: Kerajaan sedang mengkaji pelbagai langkah berkesan yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya negara ini, khususnya ketika tempoh cuti perayaan dan cuti umum.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, alasan kenderaan atau trafik yang bertambah tidak boleh digunakan, sebaliknya usaha mencari penyelesaian kepada masalah kesesakan perlu difikirkan menggunakan teknologi terkini.
"Saya harap Plus dan syarikat konsesi lain dapat menggunakan teknologi moden, sebagai contoh teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi kesesakan terutamanya waktu cuti lebih daripada dua hari yang sememangnya akan mengalami sesak berpanjangan.
"Kita mesti mencari formula untuk penyelesaian ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan program 'Highway Concession Conference' (HCC) 2024 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Azman Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Ir Hasni Mohammad.
Pada masa sama, Ahmad berkata, pelbagai langkah sedia ada yang dilaksanakan seperti pembukaan 'smart lane' di 18 lokasi dan laluan kontra dilihat masih perlu diperluaskan.
"Langkah dibuat sekarang seperti smart lane diharap dapat dipanjangkan jaraknya dan tempoh masanya kerana sekarang ini, ada smart lane yang dibuka tidak panjang, jadi ia tidak dapat selesaikan masalah kesesakan.
"Jadi, ia perlu diperbanyakkan dan diperluaskan penggunaannya," katanya.
Selain itu, beliau berkata, pelaksanaan My-TTA oleh Plus juga boleh diwar-warkan supaya pengguna boleh merancang perjalanan dengan mengambil tahu masa sesuai untuk menggunakan lebuh raya, terutamanya ketika berlaku kesesakan.
Katanya, pelaksanaan 'compulsory exit' ketika berlaku kesesakan teruk atau kemalangan juga boleh diperluaskan.
Disiarkan pada: September 17, 2024
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|