CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38771|Reply: 0

[Johor] Diperdaya 'pegawai bank' dan 'pegawai polis', lelaki rugi RM170,000

[Copy link]
Post time 19-9-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode



Kulai: Pemilik syarikat kejuruteraan kerugian wang simpanan RM170,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai bank, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa iaitu lelaki tempatan berumur 48 tahun itu, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank pada 10 Ogos lalu.
"Suspek mendakwa akaun bank milik mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

"Panggilan telefon itu kemudian disambungkan kepada suspek lain yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis, dan mengesahkan siasatan terhadap akaun milik mangsa.

"Suspek mendakwa boleh membantu mangsa untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang dengan cara membuat pindahan wang ke dalam akaun bank yang diberikan, sementara siasatan dijalankan dan wang akan dikembalikan semula selepas siasatan selesai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Seng Lee, mangsa menuruti arahan suspek dan membuat pindahan wang ke tujuh akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM170,000.

"Mangsa menyedari ditipu setelah suspek gagal dihubungi untuk mendapatkan status siasatan terhadap akaun bank dan wang yang dipindahkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.074728 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list