View: 32989|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
RM5.4 juta diperuntukkan laksana projek pembangunan Kampung Baru Negeri Sembilan
[Copy link]
|
|
NILAI: Sebanyak RM5.4 juta peruntukan diberikan bagi melaksanakan37 projek pembangunan di Kampung-Kampung Baru Negeri Sembilan.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J. Arul Kumar berkata, peruntukan tersebut diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
“Peruntukan yang diberikan ini juga dapat melaksanakan pelbagai kerja-kerja naik taraf seperti longkang, menurap jalan, baik pulih gelanggang bola keranjang dan dewan orang ramai.
“Sebentar tadi, saya telah meninjau kerja-kerja naik taraf gelanggang bola keranjang di Kampung Baru Mantin yang menggunakan peruntukan tersebut.
“Antara naik taraf yang dilakukan adalah menutup ruang keliling gelanggang dengan zink, memasang ‘awning’, menukar jubin tempat duduk dan membuat laluan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Dengan pelaksanaan kerja-kerja ini ia akan membantu menyediakan satu kemudahan yang selesa kepada pengguna yang datang ke sini,” kata Arul Kumar.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|