View: 13423|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
'Arwah memang mahu meninggal dunia hari Jumaat'
[Copy link]
|
|
JENAZAH arwah Eddin Syazlee disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Ainsdale. FOTO Mohd
Seremban: Balu bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Allahyarham Datuk Eddin Syazlee Shith, Datin Dr Nurul Azlin Ibrahim mengesahkan suaminya meninggal dunia akibat komplikasi barah dihidapinya sejak April lalu.
Nurul Azlin berkata, sebelum ini arwah dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menerima rawatan terakhir di Hospital KPJ Seremban.
"Arwah dibawa pulang ke rumah semalam dan meninggal dunia pagi ini kira-kira 7 pagi.
"Keadaan arwah kritikal sebab itu dibawa pulang ke rumah atas nasihat doktor, hajat arwah memang mahu meninggal dunia pada hari Jumaat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Chedang, di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kariah Taman Bukit Chedang pada 11 pagi tadi untuk dimandi, dikafankan dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Ainsdale selepas solat Jumaat.
Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker menyifatkan pemergian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sebagai kehilangan besar dalam dunia politik, khususnya di Negeri Sembilan.
Beliau berkata, Allahyarham antara pengasas Bersatu di Negeri Sembilan dan memberikan sumbangan yang besar kepada parti berkenaan.
Allahyarham berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah selama sepenggal selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018.
Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Timbalan Menteri Kerja Raya serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|