CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51571|Reply: 0

[Sabah] Pemandu mabuk ditahan, 22 disaman pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:51 PM | Show all posts |Read mode


PERIKSA: Pasukan polis menjalankan pemeriksaan terhadap salah sebuah kenderaan semasa Op Mabuk.

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki selepas didapati memandu kenderaan dalam keadaan mabuk semasa sekatan jalan raya Op Mabuk di Jalan Bundusan di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang memeriksa keseluruhan 80 kenderaan sehingga jam 2 pagi.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang telah ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan 22 keping saman membabitkan pelbagai kesalahan.

"Operasi kali ini melibatkan kekuatan seramai satu pegawai kanan polis dengan dibantu oleh enam anggota polis berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Bercakap lanjut, Sammy berkata, operasi ini juga antara lain bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang ditetapkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.657213 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list