View: 55740|Reply: 80
|
[Tempatan]
Anak syak bapa hilang 15 hari dilarikan. Kereta ditemui hangus terbakar.
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 22-9-2024 04:56 PM
KES
Anak syak bapa hilang 15 hari dilarikan
September 22, 2024 @ 4:21pm
Oleh Noorazura Abdul Rahman
[email protected]
Muhammad Amir Hakimi dan Suraiya Izzaty, menunjukkan gambar bapa mereka, Sabari yang hilang sejak 3 September lalu. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman
BALING: Seorang lelaki mengesyaki bapanya yang juga pesara pegawai kewangan FELCRA dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa pemindahan wang ke akaun bank pihak lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangan mangsa.
Menurut Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, dia yakin bapanya, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 3 September lalu masih hidup biarpun kereta dipandu bapanya ditemui penduduk terbakar di Belantik Sik dan dimaklumkan mengenainya kelmarin.
Katanya, selepas meneliti beberapa akaun bapanya melalui aplikasi dalam talian terdapat pemindahan wang dari akaun Tabung Haji bapanya ke akaun Bank Islam seterusnya ke akaun Maybank milik seorang wanita.
"Selepas penelitian pihak polis melalui sistem kamera litar tertutup didapati pada 4 dan 5 September kelihatan seorang wanita melakukan transaksi wang daripada akaun ayah.
"Kami tidak tahu apa niat mereka sebenarnya mengambil wang ayah, walau apapun jika ayah masih dalam genggaman mereka, harap pulangkan semula ayah kami dengan selamat, kami amat merinduinya, sudah 15 hari kami tiada khabar berita mengenainya," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, hari ini.
Amir Hakimi berkata bapa mereka sangat baik dan penyayang dan mereka tiada sebarang masalah dengannya.
Katanya, bapa sering berulang alik ke rumah dia dan kakak sulungnya, Suraiya Izzaty Sabari, 29, di Sungai Petani untuk melihat dua cucunya (anak sulung Muhammad Amir Hakimi dan anak sulung Suraiya Izzaty) yang baharu lahir.
Muhammad Amir Hakimi berkata beberapa hari sebelum kehilangan bapanya, bapanya menghubunginya untuk menghantar ubat-ubatan dan ramuan herba tradisional untuk mengubati bayinya yang terkena jangkitan demam kuning.
"Biasanya jika ayah menelefon memberitahu dia hendak datang le rumah, pastinya sama ada hari itu atau keesokkan dia akan datang, tetapi sehingga ke hari ini terus hilang, inilah yang merisaukan kami," katanya .
Anak sulung Sabari, Suraiya Izzaty, berkata mereka tidak pernah duduk diam malah sentiasa sahaja mencari khabar melalui beberapa petunjuk seperti penelitian dan pergerakan akaun simpanan bapa dan berjumpa keluarga dan rakan bapa mereka.
"Sebelum ini kami agak buntu dan memikirkan ke mana ayah pergi dan menghilangkan dirinya, tetapi selepas penemuan sebuah kereta Proton Waja berwarna emas milik ayah yang dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu, kes kehilangan ayah dikategorikan sebagai kes jenayah.
"Alhamdulillah ayah tiada dalam kereta yang terbakar itu, namun kami masih merasa risau keadaannya.
"Kami membantu polis mendapatkan maklumat mengenai ayah yang mana ia sedikit sebanyak boleh membantu dan memberi petunjuk untuk siasatan, saya amat mengharapkan segala kemusykilan dan misteri kehilangan ayah dapat dirungkai dengan segera," katanya yang bertugas sebagai doktor.
Menurutnya, bapa seorang yang amat teliti berhubung pengeluaran wang dan sangat mengikuti perkembangan semasa termasuk mengenai penipuan dalam talian.
"Rutin ayah selepas pencen lazimnya solat berjemaah di masjid... sarapan bersama jemaah di kedai, pergi ke kebun... dia juga tidak suka bermewah.., hidup biasa-biasa sahaja," katanya.
Suraiya Izzaty merayu sesiapa yang melarikan bapa mereka supaya segera memulangkan bapa mereka dalam keadaan selamat dengan meninggalkan di tempat yang mudah ditemui.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-15-hari-dilarikan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bapa hilang lebih 2 minggu, kereta ditemui hangus terbakar
Oleh
ROSHILA MURNI ROSLI
21 September 2024 07:11pm
Keadaan kereta jenis Proton Waja milik Sabari yang ditemui hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat. (Kanan: Sabari gagal dikesan sejak keluar rumah 3 September lalu.)
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.
Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.
"Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.
"Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.
"Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang," katanya.
Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).
Sabari bergambar bersama anak-anak dan menantunya.
"Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.
"Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja," katanya.
Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.
"Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai," katanya.
"Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin)," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... kar#google_vignette |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai Petani: Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesara pegawai kewangan di salah agensi kerajaan di Baling pada 3 September lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, wanita itu ditahan dan siasatan dilakukan berikutan ada beberapa transaksi pengeluaran wang milik Sabari Baharom, 62, yang dilakukan sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada wanita itu adalah individu sama yang direkodkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sewaktu melakukan transaksi wang berkenaan, Fisol enggan mengulas lanjut.
"Siasatan masih dilakukan dan jangan buat sebarang spekulasi kononnya polis tidak melakukan tindakan dan sebagainya.
Lagi Berita
Jerat macau scam, tiga berputih mata [METROTV]
Wanita diperdaya sindiket 'phone scam' rugi RM381,950
Wang lebih RM2 juta yang hilang dipindahkan ke 11 akaun lain - Polis
Lelaki dilarikan, disamun individu menyamar polis
"Kita nampak kes ini ada perkembangan malah siasatan masih diteruskan sehingga kini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, di sini pada 3 September lalu.
Mangsa bagaimanapun masih hilang sehingga kini namun kereta Proton Waja yang dipandunya ditemui penduduk dalam keadaan terbakar di Belantik, Sik.
Anak mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, yakin bapanya masih hidup dan selepas meneliti beberapa akaun milik bapanya melalui aplikasi dalam talian, terdapat pemindahan wang dari salah satu akaun bank bapanya ke akaun bank lain milik seorang individu milik seorang wanita. |
|
|
|
|
|
|
|
Belah situ ramai org siam tak? |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 22-9-2024 04:55 PM
Belah situ ramai org siam tak?
Tak ramai org siam |
|
|
|
|
|
|
|
jiwasemangat replied at 22-9-2024 05:03 PM
Tak ramai org siam
Sbb ada kenalan yg bapanya mcm terkena dgn org siam..huhu..seram..belah2 utagha la ni kesnya..tu teringat pula |
|
|
|
|
|
|
|
Sape pulak yg buat naya kat pakcik tua ni.. semoga pakcik ni masih hidup. Banyak kes bunuh lately ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Seygakk lg ayah
Jgn2 ada mak baru org indon |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 22-9-2024 05:07 PM
Sbb ada kenalan yg bapanya mcm terkena dgn org siam..huhu..seram..belah2 utagha la ni kesnya..tu t ...
Dala forem ni pon ada pondan siam |
|
|
|
|
|
|
|
Hm. Dh pi bakar kereta plak. Awal² sebelum jumpa kereta terbakar, mcm syak pi kahwin lain. Bila dh kereta pun dibakar, unsur jenayah pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Makin teruk jenayah di Malaysia. Semoga selamat dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mcm dah kawin lain. |
|
|
|
|
|
|
|
apa la cerita pakcik ni ye... huhu |
|
|
|
|
|
|
|
iols percaya ada 'kisah' lain disebalik kehilangan pakcik ni.... kalo dh smpai kereta kena bako.... |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 22-9-2024 06:53 PM
iols percaya ada 'kisah' lain disebalik kehilangan pakcik ni.... kalo dh smpai kereta kena bako....
Gambar pun dgn anak menantu je..
Last aktiviti dia gi urut..
Sesuatu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak ni
macam2 la |
|
|
|
|
|
|
|
harap dijumpai dgn selamat.
blh la bongkar segala cerita.
jgn plak dah jmp buat senyap...hormati keluarga katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 la selamat ditemui.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|