View: 24181|Reply: 15
|
[Tempatan]
Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah
[Copy link]
|
|
Penunggang Grab Food maut rempuh peti pembekal voltan rendah
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad - Oktober 1, 2024 @ 10:09am
[email protected]
Penunggang Grab Food maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh Peti Pembekal Voltan Rendah di Jalan Ayer Keroh-Gapam, malam tadi. - Foto IPD Melaka Tengah
MELAKA: Penunggang Grab Food maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh Peti Pembekal Voltan Rendah (Feeder Pillar) Tenaga Nasional Berhad di Jalan Ayer Keroh-Gapam, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Tan Tian Hau, 48, yang menunggang motosikal Honda Dash maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerima laporan kejadian pada jam 9.13 malam.
Katanya, sepasukan polis trafik ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut kemalangan yang dipercayai berpunca akibat terbabas sendiri.
"Hasil siasatan awal mendapati penunggang dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke arah Ayer Keroh dan semasa sampai di lokasi dipercayai hilang kawalan lalu melanggar Feeder Pillar milik TNB di bahu jalan.
"Akibat pelanggaran, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan dan mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata, motosikal terbabit akan dihantar menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat claim perkeso untukeringankan beban waris mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana la famili mangsa nak buat pengebumian.
Cina kalau mati kos mahal giler. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slavehunter at 1-10-2024 08:05 PM
Innalilahh. Kesian nye. I kalau order Grab mesti bagi tip.
Eh chinese, tak boleh tulis arwah typo.
Deepest condolences. Kepada Tuhan kita semua kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan yg paling x bertanggungjawab of course la Grab. Grab x kan menanggung apa2 liabiliti di atas kemalangan rider. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin heart attack...macam2 blh jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Bawa grab ni incase jadi apa2...takda liabiliti..dah la income tak selebat zmn covid dulu..% utk rider makin turun tp untung depa atas produk makin naik...kesian dgn semua rider...bkn senang nak cari sesuap rezeki.... |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 1-10-2024 06:50 PM
macam mana la famili mangsa nak buat pengebumian.
Cina kalau mati kos mahal giler.
Paling murah, Bakor je la agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
oh patot la dgr siren mlm td... siren tu start bunyi dpd jalan besar tu bukan dpd jauh... salam takziah.. ni mcm
kwsn Vista Kirana / Country Villa... |
|
|
|
|
|
|
|
cari rezeki pahtu eksiden ninggal pulak
sedihnya raso
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea: Laju sangat ke
Maybe bz tgk fon…. |
|
|
|
|
|
|
|
Condolences to keluarganya
Turut berdukacita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|