View: 7504|Reply: 16
|
Bas lawatan pelajar terbakar, 25 dikhuatiri terbunuh
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Sebuah bas membawa 44 pelajar dan beberapa guru untuk lawatan sekolah terbakar hari ini, kata pihak berkuasa dengan sehingga 25 orang dikhuatiri terkorban.
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata, terdapat kematian dalam kemalangan itu dan beliau mengucapkan takziah kepada waris mangsa.
Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit pula memberitahu, angka korban masih belum jelas tetapi berkata, 25 orang tidak selamat selepas api berjaya dipadamkan.
“Laporan awal menyebut terdapat 44 orang di dalam bas iaitu 38 pelajar dan enam guru. Setakat yang kami tahu buat masa ini, tiga pelajar dan 16 guru berjaya keluar dari bas berkenaan.
“Kami tidak pasti tentang nasib baki mangsa yang hilang,” katanya.
Bas itu membawa pelajar dari wilayah Uthai Thani apabila sebiji tayarnya meletup di sebuah lebuh raya, pinggir utara Bangkok, menyebabkan kenderaan itu melanggar penghadang lebuh raya, kata seorang pekerja penyelamat.
“Bas ini dijana bahan api gas, manakala kemalangan menyebabkan kenderaan ini terbakar,” katanya.
“Saya mendapat berita tentang kebakaran pada sebuah bas yang membawa pelajar dari Uthai Thani, menyebabkan berlakunya kematian dan kecederaan.
“Saya sendiri sebagai seorang ibu ingin mengucapkan sedalam-dalam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera,” kata Paetongtarn pula dalam satu kenyataan di platform X hari ini. – AFP
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya sbb baca usia kanak2 tu mostly bwh 5 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakan mangsa kanak kanak kan. Kesiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
di dalam bas iaitu 38 pelajar dan enam guru. Setakat yang kami tahu buat masa ini, tiga pelajar dan 16 guru berjaya keluar
Kalau dalam tu ada 6 guru macam mana 16 berjaya keluar?
|
|
|
|
|
|
|
|
typo kot, nak taip 6 tapi tertaip 16
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak 5 tahun xda mak bapa sbg pengiring ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Xlama nnt mesti org wat pilem |
|
|
|
|
|
|
|
38 pelajar + 6 guru (total 44 orang)
yg selamat 3 pelajar 16 guru ...
reporter punnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
guru2 duk depan dekat pintu?
so sempat keluar ?
kesiannya anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
darkness: Budak 5 tahun xda mak bapa sbg ...
Dulu sekolah kat mana? Bila masa kalau ada lawatan mak ayah jd pengiring? Depa sain borang kebenaran saja |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mangsa semua bawah 5y memang logik la kalau mati terbakar
biasanya budak2 bawah 5y ni dia akan tunggu cikgu dia punya instruction
tak macam budak2 sekolah menengah yang pandai lari diri semua
Takziah untuk family dorang
sedih baca berita yang sangkut paut dengan budak2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by darkness at 3-10-2024 10:30 AM
Deleted |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by darkness at 3-10-2024 10:33 AM
vee_zara replied at 2-10-2024 06:19 PM
Dulu sekolah kat mana? Bila masa kalau ada lawatan mak ayah jd pengiring? Depa sain borang kebenara ...
Sekolah kerajaan sistur. Kalau budak bawah 5 tahun kena ada ibubapa yg ikut sbg pengiring baik naik kenderaan sendiri atau naik bas asing. Tidak tahu sekolah kerajaan negeri lain mmg main sain aje. Budak 5 tahun ke bawah kut..agak2 la main sain borang je. Baca berita pun sudah tahu, yg besar2 nilah yg selamat dulu..budak kecik? Sb tu pentingnya ada ibubapa budak bawah 5 tahun kena ada. Agak2 juga lah main sain borang je |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 3-10-2024 10:30 AM
Sekolah kerajaan sistur. Kalau budak bawah 5 tahun kena ada ibubapa yg ikut sbg pengiring baik nai ...
5tahun ni kalau ikutkan pra-sek, kindy.
setau iols la kalau lawatan balik hari mmg makpak tak folo uols. kat msia la.
anak iols 5thn pergi lawatan pagi blk ptg naik bas mmg takde makayah folo. cikgu2 je.
masa umur dia 4thn pun sama jugak.
iols tgk lawatan pra-sek (sek gomen) pun sama jugak. masa blk tu berjujuk turun bas mmg makayah tak folo.ni tgk kebetulan ambil anak blk sek.
btw, rip utk semua mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 3-10-2024 10:44 AM
5tahun ni kalau ikutkan pra-sek, kindy.
setau iols la kalau lawatan balik hari mmg makpak tak folo ...
Mungkin lain2 cara pengurusan sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|