CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39704|Reply: 3

[Tempatan] 'Saya marah dan ugut sebab dia bela toyol, curi duit saya'

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode
'Saya marah dan ugut sebab dia bela toyol, curi duit saya'
Oleh Alias Abd Rani - Oktober 2, 2024 @ 1:34pm
[email protected]


Ahrdi Shamsul dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI


BATU PAHAT: "Saya marah dan ugut sebab dia (mangsa) bela toyol dan mencuri duit saya," dakwa Ahrdi Shamsul Mustaffa yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah mahu membakar rumah jirannya, semalam.

Tertuduh yang sebelum itu mengaku bersalah, memberitahu sedemikian apabila Majistret Suhaila Shafi'uddin bertanyakan sebab dia bertindak seperti itu terhadap mangsa yang juga seorang warga emas berusia 84 tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 51 tahun yang masih bujang serta bekerja sebagai pekebun itu didakwa melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan ke atas mangsa dengan mengeluarkan perkataan: 'aku bakar rumah kau, kalau kau tidak ikut aku pergi balai', di hadapan sebuah rumah di Senggarang kira-kira jam 7 pagi semalam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Normahani Raais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh penangkapannya, semalam.

Menurut fakta kes, polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah mendapat ugutan daripada seorang lelaki mahu membakar rumahnya.

Hasil siasatan polis mendapati ketika kejadian, mangsa berada di rumah sebelum didatangi tertuduh dan mereka bertengkar berkaitan dakwaan bahawa warga emas itu membela toyol.

Pada masa sama, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap mangsa sebelum warga emas itu membuat laporan di Balai Polis Senggarang kerana bimbangkan keselamatannya. Susulan itu, polis menahan tertuduh pada hari kejadian untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan rekod lampau, tertuduh pernah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada Mac 2020 kerana positif dadah, selain ditahan atas kesalahan sama pada September lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..  Ini lawak.  Engko yang gila toyol pulak jadi OKT.  Harktuihh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai singlet cemtu je ke masuk mahkamah?


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-10-2024 08:19 PM
Pakai singlet cemtu je ke masuk mahkamah?

Alaaaa,bukan nak bergambar dengan pengantin punnn..seperti yang kecoh2 kat benang sebelah tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042300 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list