View: 29325|Reply: 5
|
TERKINI: Penggunaan MyDigital ID untuk aplikasi MyJPJ dibatalkan - Anthony Loke
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata pengguna aplikasi MyJPJ boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa.
"Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, pengguna MyJPJ perlu mendaftar masuk aplikasi itu menggunakan MyDigital ID bermula 10 Oktober ini.
MyDigital ID adalah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Loke berkata, arahan berhubung keperluan penggunaan MyDigital ID dalam MyJPJ dikeluarkan menerusi pengumuman tetingkap timbul ('pop-up announcement') dalam aplikasi itu.
Katanya, arahan yang dikeluarkan itu bukan pengumuman rasmi daripada Kementerian Pengangkutan atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan telah diturunkan serta-merta.
"Maklumat yang disalurkan melalui 'pop-up' MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai.
"Saya lihat dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut)," katanya sambil menambah MyJPJ ketika ini mempunyai 10.5 juta pengguna.
Beliau berkata, kementerian menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara 'back-end'.
"Kita telah mengadakan perbincangan dan mencapai persetujuan supaya penggunaan MyDigital ID sebagai 'log in' kepada aplikasi MyJPJ perlu dilaksanakan dengan mudah.
"Ia supaya tidak memberikan apa-apa masalah kepada pihak pengguna MyJPJ dan kita akan mengambil sedikit masa untuk pengintegrasian secara 'back-end'," katanya.
Sumber - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah. klu cadangan ada banyak masalah pelaksanaan, memang patut batal. berkeras teruskan pun tak guna bila web tak mampu layan jutaan permintaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budi la Jana la now my jpj apps la..hujung2 kena batalkan sbb kapasiti sendiri xmampu nk tampung.Padan muka
|
|
|
|
|
|
|
|
Tatau pun ada kluaq pop up |
|
|
|
|
|
|
|
pakai mysikap kt browser melainkan jenis pemalas nak mampos |
|
|
|
|
|
|
|
Hrmis apps guna mydigital ni. Mangkuk sgt! Bru 3mggu x login, kena daftar smula. Dulu sng je..msuk mydigital..ntah benda2. Bpe kali nk register ntah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|