View: 17986|Reply: 3
|
[Dunia]
Israel lancar serangan udara di tengah Beirut
[Copy link]
|
|
Israel lancar serangan udara di tengah Beirut
https://www.bharian.com.my/dunia ... ra-di-tengah-beirut
Oleh Bernama - Oktober 3, 2024 @ 7:56am
Orang ramai berkumpul di tapak serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan pangsapuri di kejiranan Bashura di Beirut pada 3 Oktober 2024. - Foto AFP
BEIRUT: Israel terus melancarkan serangan udara semalam, dengan menyasarkan Pusat Kesihatan yang dikatakan mempunyai kaitan pejuang Hizbullah di kawasan al-Bachoura, tengah bandar raya, menyebabkan kebakaran besar berlaku, lapor Xinhua.
Laporan saluran TV tempatan al-Jadeed dan rakaman televisyen menunjukkan asap hitam tebal naik dari bangunan tersebut.
Serangan udara itu juga menyebabkan kerosakan besar pada rumah serta beberapa kenderaan yang di parkir di sekitar kawasan berkenaan.
Ambulans dan pasukan pertahanan awam sudah bergegas ke kawasan berkenaan untuk operasi menyelamat.
Tidak lama sebelum serangan di Beirut tengah, Israel melancarkan tiga serangan udara kuat di kawasan Haret Hreik di pinggir selatan Beirut, yang turut menyebabkan kebakaran besar, lapor saluran TV berkenaan.
Tentera Israel mengesahkan serangan tersebut, menyatakan bahawa ia adalah serangan tepat di ibu negara Lebanon. –BERNAMA-XINHUA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Israel ni ibarat yakjuj dan makjuj...tiada siapa berani menghalang...memang dasar anjing liar |
|
|
|
|
|
|
|
IDF pun ramai injured and K.O kena ambush dgn Hezbollah.
Claim diri God's people the chosen one tapi kerja asyik bunuh innocent people.
Tu bukan God's teaching but Satan and Lucifer teaching, anti human. Innocent people must die as a form of sacrifice. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila bayang membabi buta..semua di serangnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|