CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38974|Reply: 0

[Johor] Banjir di Johor: Batu Pahat daerah terbaru terjejas banjir

[Copy link]
Post time 7-10-2024 09:27 PM | Show all posts |Read mode

PEMANTAUAN Paras Air Di Kampung Tengah Renggam, Renggam oleh Anggota APM. FOTO ihsan APM



Johor Bahru: Banjir di Johor mencatatkan peningkatan apabila Batu Pahat menjadi daerah terbaru terjejas bencana itu dengan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu, pagi tadi.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 808 mangsa daripada 240 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS membabitkan tiga daerah iaitu Kluang, Pontian dan Batu Pahat.

Katanya Kluang mencatat mangsa banjir paling ramai iaitu 674 daripada 199 keluarga yang ditempatkan di enam PPS sejak semalam.

"Kesemua mangsa banjir di Kluang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Onn Jaafar, SK Seri Kampung Renggam, Dewan Kampung Kolam Air, SK Simpang Renggam, SK Seri Kencana, SK Sungai Linau, Dewan Terbuka Kampung Paya Palembang dan Balai Raya Parit Haji Hashim, manakala Pontian ditempatkan di SK Seri Anom dan PPS di SK Seri Bunut, Batu Pahat," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut laporan Jabatan Perairan dan Saliran (JPS), paras air sungai di Sungai Benut di Simpang Renggam pada paras waspada iaitu 6.18 meter.


Disiarkan pada: Oktober 7, 2024




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.364377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list