CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16065|Reply: 48

[Tempatan] Kerajaan pertimbang henti subsidi telur bila bekalan stabil, kata Mat Sabu. #20, Sabah minta pengecualian penamatan subsidi telur

[Copy link]
Post time 9-10-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-10-2024 03:35 AM

K'jaan pertimbang henti subsidi telur bila bekalan stabil

https://www.malaysiakini.com/news/722002

Diterbitkan:  Oct 9, 2024 11:06 AM
Dikemaskini: 11:06 AM





Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menghentikan subsidi bagi telur ayam sekiranya bekalan telur menjadi stabil.

Katanya penjimatan daripada pemotongan subsidi tersebut akan digunakan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang memerlukan.

"Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya seperti dipetik Sinar Harian ketika berupcap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya.

Tahun lepas, kerajaan memperuntukkan RM927 juta dalam subsidi untuk menstabilkan harga telur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 04:25 PM | Show all posts
2024 tahun stop sabsidi skibidii bidi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati la mat..dh telur tu ko punya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2024 04:25 PM
2024 tahun stop sabsidi skibidii bidi

tergelak iols
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 05:02 PM | Show all posts
berhenti kan je la semua subsidi,.lepas PH tadbir Malaysia kita dah jadi negara berpendapatan tinggi,,apa nak susah,,kita tunggu next PRU hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah







Telur kucing:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak tunggu episod kelima Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 06:26 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2024 08:25 AM
2024 tahun stop sabsidi skibidii bidi

lepas ni beras tempatan pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 06:27 PM | Show all posts

bergelak2 la sekarang.. esok bernages2an di bucu katil
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 06:28 PM | Show all posts
gigahertz replied at 9-10-2024 06:26 PM
lepas ni beras tempatan pulak

ritu kata beras tempatan pun takde.. smer import
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan sekali elaun-elaun Menteri. Dah bergaji nak subsidi2 elaun pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2024 06:27 PM
bergelak2 la sekarang.. esok bernages2an di bucu katil

hahaha chuolssss...tadi baru beli 1 papan telur ayam gred B.. rega rm12.. esok2 dh tarik sabsidi bidi..bidi.. mau jadik rega rm22
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe la mat...kami makan tempe pun kaya protein.
amik la kat gomen ko segala subsidi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
entah kenapa.. panas menggelegak je hati tgk muka matsapu ngan wakjahit
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2024 06:28 PM
ritu kata beras tempatan pun takde.. smer import

pelik tapi benar Malaysia satu2nya negara yg import beras tempatan...nak beli beras tempatan kena p jualan bodoh madani
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua subsidi yg ditarik ni untuk bayar hutang sampai trillion tu..semua tu hutang yg ditanggung oleh pmx ..kisian sama dia weii.. bayar hutang nak kena bayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemerintah jangan rhisau...rakyat akan berhabis habisan menyokong segala dasar kjaan....bior semua subsidi ditarik...bukti prk sebelum2 ini semua memihak kpd pemerintah...-tripleid.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:33 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 9-10-2024 04:25 PM
2024 tahun stop sabsidi skibidii bidi


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Keja Mat Sabu gentel telo dia je. Cukup bulan, 60k masuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2024 11:34 AM | Show all posts
Sabah minta pengecualian penamatan subsidi telur

https://www.bharian.com.my/berit ... matan-subsidi-telur

Oleh Yun Mikail - Oktober 10, 2024 @ 10:33am
[email protected]


Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan. - Foto NSTP/Yun Mikail

PENAMPANG: Sabah minta pengecualian daripada kerajaan Pusat berhubung cadangan penamatan subsidi telur ayam seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata ini kerana Sabah bersama Sarawak adalah negeri yang memiliki jurang kemiskinan tinggi sekali gus memerlukan subsidi membabitkan barangan keperluan asas.

"Tidak adil kalau subsidi yang baru terima ditarik semula sedangkan kita banyak sumbangan. Biarlah Sabah bersedia mempertingkatkan penghasilan dan keupayaan agar rakyat kita bukan lagi tergolong dalam kategori miskin tegar.

"Oleh sebab itu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah bercadang mewujudkan Pihak Berkuasa Pemasaran Pertanian Sabah untuk membantu rakyat kita.

"Kita sudah memulakan pusat-pusat pengumpulan hasil. Setakat ini sudah ada tujuh pusat pengumpulan dan kita bercadang untuk menambah lebih banyak daripada semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan pejabat STAR Bahagian Moyog di sini, semalam.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata kementeriannya bakal mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Langkah berkenaan wajar dipertimbangkan, katanya, berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan sebanyak RM100 juta sebulan.

Sementara itu, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak menolak kemungkinan kerjasama antara parti politik boleh berlaku di negeri ini terutamanya ketika musim pilihan raya.

"Dalam politik apa pun boleh berlaku dan kita tidak menutup kebarangkalian itu bila-bila masa. Kerjasama di saat akhir juga boleh berlaku tetapi saya harap tidak begitu.

"Kebanyakan situasi ketika ini adalah provokasi dan propaganda yang kita lihat sebagai rancangan untuk melemahkan perpaduan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya.

Jeffrey berkata demikian ketika mengulas mengenai wujudnya provokasi yang mahu STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Warisan (Warisan) bergabung pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.098776 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list