View: 36101|Reply: 113
|
[Tempatan]
Update:Ditemui selamat tetapi Pelajar tahfiz dakwa didera, jadi mangsa seksual
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 12-10-2024 02:21 PM
KUALA LUMPUR – Polis menemukan beberapa kesan kecederaan pada tubuh badan empat pelajar tahfiz yang ditemui semula selepas dilaporkan hilang, Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua pelajar berumur antara 13 hingga 14 tahun itu ditemui di Bangi pada Khamis sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selepas disyaki didera dan menjadi mangsa seksual.
“Prosedur kita, apabila kita jumpa, kita bawa mereka ke hospital dengan persetujuan keluarga untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam dan kecederaan itu dipercayai berlaku ketika mereka berada di pusat tahfiz berkenaan. Berkaitan perkara tersebut, kita masih menyiasat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.
Katanya, susulan itu dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31 1 (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 b Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Mereka mendakwa didera dan menjadi mangsa seksual, bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan itu.
“Selain itu, mereka mendakwa melarikan diri akibat tidak tahan dengan keadaan di pusat tahfiz terbabit, itu juga kita akan siasat, mereka difahamkan tidak sampai setahun di pusat tahfiz terbabit,” katanya.
Menurutnya, polis turut tidak menolak kemungkinan empat pelajar berkenaan dibuli berdasarkan keterangan diberikan mereka.
“Bagaimanapun segala dakwaan ini kita akan jalankan siasatan lanjut, polis telah merakam keterangan pihak tahfiz ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan empat pelajar berkenaan hilang sebelum ini ditemui semula di Bangi pada Khamis.
Susulan itu, kesemua pelajar itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.
KUALA LUMPUR – Seramai empat pelajar lelaki di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini dilaporkan hilang selepas sejak 8 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismaul berkata, kesemua mangsa berusia antara 10 hingga 12 tahun dilaporkan keluar dan selepas itu tidak pulang ke pusat tahfiz itu.
“Setakat ini mereka masih belum ditemui,” katanya secara ringkas kepada pemberita.
Tambah Mohamad Lazim, polis akan membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siastan lanjut masih dijalankan berhubung kes itu.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung kehilangan empat kanak-kanak merupakan penghuni tahfiz terbabit sejak semalam.
Menerusi hantaran itu, kejadian disedari ustaz mereka sekitar pukul 10.30 malam dan keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mangsa. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Danish dengan Darwais tu kembar/adik beradik ye?
Semoga selamat dijumpai. Apsal la kecik2 gini mak pak buang soh tinggal kat tahfiz. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa rogol + liwat paling muda si P.Diddy tu, umo 9 tahun iya. A 9 year old boy. Saja mentioned.
Ai suudzon adik2 ni lari sebab kena dera mental/fizikal dari tahfiz tu. Mungkin dah banyak kali mintak benti sekolah, tapi mak pak bolayan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca ...mereka ni anak yatim piatu ke..moga selamat ditemui |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tempat kes arson tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahan le tu.
Budak2 tahfiz ni sesetengah tu bukan bright pun tapi ditekan juga suruh menghafal dgn rotan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-10-2024 11:27 PM
Danish dengan Darwais tu kembar/adik beradik ye?
Semoga selamat dijumpai. Apsal la kecik2 gini mak ...
sebab parents malas nak jaga |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 10-10-2024 11:36 PM
Ni tempat kes arson tu kan
Yup |
|
|
|
|
|
|
|
ni dah lari ke dunia luar. quran & solat mmg habis hangus la.
keramat ke bukit bintang ibu segala maksiat tak jauh pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
So nak salahkan yahudi jgk ke? Yahudi sengaja culik bdk2 tahfiz ni utk lemahkan umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Makpak cari jalan mudah. Anak2 tak boleh kawal, dihantarnya ke pusat tahfiz. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-10-2024 12:03 AM
Tak tahan le tu.
Budak2 tahfiz ni sesetengah tu bukan bright pun tapi ditekan juga suruh menghafal ...
Ya betul bebda ni lah yg mak pak melayu tak nak terima. Tahfiz IS FOR BRIGHT STUDENT!!!! Bodoh yg pi buang anak ke tahfiz tapi simple maths fail. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-10-2024 11:33 PM
Sedihnya baca ...mereka ni anak yatim piatu ke..moga selamat ditemui
Semalam tengok berita. Ayah salah seorang budak ni yg viral kan kat socmed. Dia pun gi cari jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 11-10-2024 07:11 AM
Semalam tengok berita. Ayah salah seorang budak ni yg viral kan kat socmed. Dia pun gi cari jugak. ...
Oh ada ayah...moga segera ditemui.
Amin |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 11-10-2024 01:07 AM
sebab parents malas nak jaga
Komen camni kat porem bleh laa
Kalau komen kat socmed pemes laa korang seminggu dua
Penah baca komen seorang mak ni yg dia berasa lega bila anak yg sekian2 ni masuk asrama jd kuranglah sikit keje nk menghantar anak ni kira pokus ngn sek rendah tu je.
Kalau tak kelam kabut setiap hari nk kena hantar anak sek rendah kendian nak hantar yg smk plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
pukul 10.30 mlm baru perasan?
penjaga situ makan gaji buta ke?
harap kene tindakan staf situ |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak komen lelebih mengenai tahfiz suma tu cuma berharap bebudak tu dpt dijumpai dgn selamat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 11-10-2024 07:25 AM
Komen camni kat porem bleh laa
Kalau komen kat socmed pemes laa korang seminggu dua
aigoo..i ni product asrama, i tak nampak apa bagus sgt hantar anak kecik2 at that age masuk asrama..unless its eton..itupun ada harapan anak kena buli ngan senior |
|
|
|
|
|
|
|
sepupu jauh i penah hantar anak dia masuk tahfiz kat kaw rumah i..its just sek atas kedai 99 tak tau camne abang tu boleh terpikir nak campak anak ke situ. pastu pesan kat akak i suruh tengokkan anak dia, kalau anak ada hal suruh tolong..cam gampang kan. in the end keluar jugak sebab anak dia tak nak continue..some parents are not meant to be parents pffft |
|
|
|
|
|
|
| |
|