CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 42788|Reply: 24

[Tempatan] Remaja lelaki dipukul guru menang saman RM90,000​

[Copy link]
Post time 11-10-2024 05:53 PM | Show all posts |Read mode



Remaja lelaki dipukul guru menang saman RM90,000​
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 11 Oktober 2024, 12:13 pm



Mohd. Amirul (baju putih) bersama isteri dan anaknya ketika dihadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menang dalam tuntutan saman selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas gurunya supaya membayar ganti rugi berjumlah RM90,000.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan guru sekolah berkenaan memukul remaja tersebut yang ketika itu berusia lapan tahun dengan menggunakan penyapu sehingga menerima lima jahitan di kepala pada tahun 2019.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hazizah Kassim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan saman yang dikemukakan remaja itu terhadap tiga pihak termasuk guru besar sekolah sama dan kerajaan Malaysia.

Remaja itu selaku plaintif diwakili bapanya, Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41, memfailkan saman terhadap bekas guru wanita berusia 60 tahun yang dinamakan sebagai defendan pertama.

Hazizah dalam penghakimannya berkata, mahkamah meneliti semua hujahan, keterangan dan keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen Selayang yang menolak tuntutan saman itu sebelum ini.

“Mahkamah berpendapat bahawa tindakan defendan menggunakan penyapu untuk menakutkan murid supaya mengikuti arahan dianggap tidak dialu-alukan pada era ini.


Insiden kes ini amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku di institusi sekolah. Ia diharap menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi,” katanya. Menurut Hakim Hazizah, mahkamah turut mengambil kira faktor rekod disiplin plaintif di sekolah tersebut.

“Pihak sekolah sepatutnya menggunakan kaedah untuk menanganinya. Insiden itu lebih kepada pertikaian antara orang dewasa dan kanak-kanak. Rekod disiplin itu tidak relevan mengenai tingkah laku plaintif ketika yang hanya murid tahun dua ketika kejadian,” katanya.

Tambah Hakim Hazizah, keterangan saksi iaitu pegawai penyiasat turut hanya dianggap sebagai keterangan ‘dengar cakap’ mengenai insiden itu.

“Justeru, mahkamah ini mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan defendan pertama diarah membayar ganti rugi am RM15,000 selain RM70,000 bagi ganti rugi teladan serta RM5,000 untuk kos rayuan. Mahkamah turut memutuskan defendan dua dan tiga tidak bertanggungan alih terhadap perbuatan defendan pertama,” katanya.

Mengikut penyataan tuntutan pada 17 Oktober 2022, plaintif menyatakan ketika mahu kembali ke tempat duduknya di dalam kelas, secara tiba-tiba guru itu memukul kepalanya dengan penyapu pada pukul 3 petang, 18 Oktober 2019.

Plaintif mendakwa dia mengalami kecederaan dan pendarahan yang banyak menyebabkan defendan menarik mangsa ke meja guru dan menekan kepalanya dengan tisu basah bagi menghentikan pendarahan. Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum ibu bapanya dihubungi bagi memaklumkan kejadian itu.

Mangsa menerima lima jahitan. Susulan itu bapa plaintif membuat laporan polis pada pukul 6.45 petang hari sama dan memohon penjelasan guru itu yang kemudian mengatakan mangsa dipukul kerana tidak berada di tempat duduknya ketika sesi pembelajaran dalam kelas.

Alasan itu disifatkan sebagai tidak munasabah, bercanggah undang-undang dan tidak berperikemanusiaan, selain mangsa mendakwa ketiga-ketiga defendan cuai dan menuntut ganti rugi am, khas, teladan serta teruk serta permohonan maaf secara bertulis. – KOSMO! ONLINE

sumber - https://www.kosmo.com.my/2024/10/11/remaja-lelaki-menang-saman-rm90000-dipukul-guru/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
chegu nak bayar saman jgn ajak anak menantu samun kedai emas yach
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 11-10-2024 05:57 PM
chegu nak bayar saman jgn ajak anak menantu samun kedai emas yach

Hahaha kelakar chuols ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:00 PM | Show all posts
Pukul guna penyapu pada usia 8 tahun sampai 5 jahitan..?? Cikgu ni meroyan ke hape..??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:08 PM | Show all posts
cikgu pn manusia biasa jgk

kdg2 gila babii xtntu arah memukul bdk..pdn la muka ko

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 11-10-2024 05:57 PM
chegu nak bayar saman jgn ajak anak menantu samun kedai emas yach

hang bg la alamat umh...nt kita mai samun hang pu...lok.-cikgu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 06:31 PM | Show all posts
Cikgu aku dulu pun ada sorang (lelaki) ada masa-sama ok, baik, elok ngajor macam biasa. Ada masa lain muka bengis. Masa tu rotan selalu ada kat tangan. Anytime silap ada la yang kena. Ni lama dulu sebelum zaman sosmed, pun dah ada cikgu mental. Ntah apa problem kat rumah agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lain  bebebor cikgu ni ngajor....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu@Buritan ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 06:43 PM | Show all posts
pelik kes ni. kuat sgt ke pukul sampai berdarah dan perlu 5 jahitan.

patutnya biar jer budak tu melilau sana sini, dari memukul biarlah budak tu selamat. sekarang ni 90000 kena bayar mana nak dapat duit..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 11-10-2024 06:43 PM
pelik kes ni. kuat sgt ke pukul sampai berdarah dan perlu 5 jahitan.

patutnya biar jer budak tu mel ...

Cikgu baru pencen tu tengah banyak duit
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 11-10-2024 06:34 PM
Cikgu@Buritan ke tu?

Hahaha . Aku mana berani pukul budak wpun dlm kepala dan ati aku ni budak tuu dah aku sembelihh.. hahahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu umur 60tahun. Dia tak sedar dalam tempoh penjawatan tu generasi di Malaysia dah berlaku pertukaran era.

Mesti dia rindu era tahun tahun 80an, 90an sampai 2005
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka ckgu bangsat tersebut , suka2 je cederakan anak org
bagus hakim sgt adil saksama
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan rotan lagi dah...dgn penyapu dihayunnya.
boleh la anak2 tong2 bayar saman mak tu tp kalau 60thn agak baru pencen byk lg kot duit ganjaran
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak reti bagi hukuman cara lain ke
Ank org tu tau
Kalau dah stress sgt mengajar, baik brenti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 bila chatgpt yang berbadan fizikal kelak menggantikan guru manusia, adakah chatgpt akan psychopath/sewel macam ni jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-10-2024 11:11 PM
Agak2 bila chatgpt yang berbadan fizikal kelak menggantikan guru manusia, adakah chatgpt akan psycho ...

Tak
Dia jd hang je


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau komen2 dkt fb haruskan dikata budak ni lembik..zaman diorng dulu kena sepak terajang rileks je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cgu skolah rendah. dgn budak boleh la. kalo skolah menengah..
keluar pagar skolah je. siap ler cgu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067065 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list