View: 45956|Reply: 23
|
[Tempatan]
Plot Twist: Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 13-10-2024 03:37 PM
KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengibarkan bendera China di sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini bukanlah warga negara Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata perkara itu dijelaskan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai kepadanya dengan mengatakan pelajar berkenaan sebahagian daripada 33 pelajar dari China yang bersekolah di sekolah terbabit.
"Mereka bukan warganegara Malaysia, mereka belajar di sekolah berkenaan dan ada gambar lain yang menunjukkan pelajar dari China dan pelajar Malaysia kedua-duanya di sekolah ini mereka bersama-sama dalam satu aktiviti dan masing-masing mengibar bendera negara atau negeri masing-masing.
"Saya nampak (dalam gambar) ada pelajar warga China mereka kibarkan bendera China, ada pelajar yang mengibarkan Jalur Gemilang dan ada juga mengibarkan bendera Pulau Pinang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian sebagai mengulas isu tular dua keping gambar dimuat naik menerusi media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah persendirian di Pulau Pinang memegang bendera China.
Sehubungan itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti individu yang menyebar maklumat palsu kononnya pelajar Malaysia mengibarkan bendera China berkenaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya.
"Saya minta pihak PDRM mengambil tindakan yang tegas kerana mereka cuba menimbulkan satu kegusaran dalam masyarakat kita seolah-olah masyarakat membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Jadi ini tuduhan yang sangat jahat," katanya.
Fahmi turut menasihati orang ramai agar menyelidik dahulu sesuatu perkara dan mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muka memasing macam orang lokal pemastautin tetap jer aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
blh beza muka type c lokal ngn belah sana..
muka belah sana mcm bentuk benua kalau perasan..
kalau lepak genting sana penuh muka benua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya fahmi ni berdiri kat sebelah passport autogate immigration tu senang immigration nak detect nationality. You can keep ministers salary but stand there 24/7 we really need your bionic vision hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh pahmi nak cuci taik dap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa X mahu jujur mengakui bahwa bangsa china malaysia hingga hari ini masih lebih bangga dengan asal-usul dan tradisinya sebagai orang china dibandingkan menjadi orang Malaysia ....akibat adanya politik perkauman, racism, apartheid dan discrimantion yang dipraktekkan secara terbuka dan terang benderang selama ini ... |
|
|
|
|
|
|
|
Btl ke? Susah kita nak percaya sbb media di kawal kerajaan. Sama mcm Kes 1mdb dulu, msia msia semua kata x ada Kes. Operasi Telus Dan jujur. Walhal |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ambil gambar utk snap picca dan video ja utk record pihak china, sepatutnya bendera kena dua2 bendera kibar, abisla program mungkin organisasi etc dari china sudah x boleh kibar2 bendera lagi lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
X sudah2 nak kena cuci taik org |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 13-10-2024 02:38 PM
Mengapa X mahu jujur mengakui bahwa bangsa china malaysia hingga hari ini masih lebih bangga dengan ...
TERNYATA...TIONGKOK itu asalnya dari Indonesia-Bapak Nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Nak politikkan satu isu ni senang saja. Cari gambaq yg paling kontroversi. Then create isu. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah memiliki maklumat individu yang melakukan tindakan adu domba itu dan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan selanjutnya OK. Keep us posted. Tanya sekali nick cari dia apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh namanya pun pelakon ye Pahmi. X nk try Pajura ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 13-10-2024 09:05 PM
sekolah dia org mcm ni kan?
Macam kehidupan asrama di malaysia ja. Start bangun subuh sampai lights off semua ikut jadual. |
|
|
|
|
|
|
| |
|