CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14099|Reply: 0

[Tempatan] PMX Anwar Ibragim: Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tak cukai pendidikan bukan keuntungan

[Copy link]
Post time 14-10-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode
Pengecualian cukai Utar atas dasar k'jaan tak cukai pendidikan bukan keuntungan

https://www.malaysiakini.com/news/722458

Diterbitkan:  Oct 13, 2024 6:30 PM
Dikemaskini: 6:30 PM



Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang dilapor berhutang sebanyak RM83 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelewatan kelulusan pengecualian cukai kepada Utar itu berikutan universiti berkenaan masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

"Soal pengecualian cukai bagi Utar, iaitu universiti Cina. Apa dasar kita? Semua usaha untuk pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan kita kecualikan.

"Kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar miskin belajar, untuk kecualikan tuisyen, kita kecualikan cukai. Bagi saya tidak ada masalah, cuma kita umumkan kerana kelewatan kita luluskan berikutan Yayasan Utar belum dipecahkan.

"Baru-baru ini, mereka meminta diberi tempoh setahun, mereka akan pecahkan namun sementara itu mereka minta pengecualian bagi semua kelulusan untuk pendidikan anak miskin," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di Petaling Jaya hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini dilapor memutuskan untuk melepaskan Utar daripada pertikaian cukai dan denda.

Laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN ke atas Utar akan dihapus kira.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying sebelum ini berkata menurut LHDN, Utar tidak diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Yayasan Pendidikan Utar yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

- Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.030633 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list