CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35920|Reply: 5

[Politik] 'Dakwaan Islam terancam, tergugat adalah naratif palsu'

[Copy link]
Post time 14-10-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
'Dakwaan Islam terancam, tergugat adalah naratif palsu'
Diterbitkan:  Oct 14, 2024 1:07 PM



Dakwaan kononnya Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Islam bukan sahaja tidak terancam dan tidak tergugat dalam tempoh Kerajaan Perpaduan memegang tampuk pemerintahan negara malahan terus subur dan mekar di Malaysia.


Zulkifli Hasan


“Naratif Islam terancam dan tergugat ini sebenarnya terus dimainkan sekian lama demi mengaut sokongan dan membangkitkan sentimen agama.

“Seharusnya, perkara ini perlu dihentikan dan naratif yang adil seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan diketengah dan diarusperdanakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut Perdana Menteri, tuduhan jelik pihak pembangkang yang memainkan isu tersebut disifatkan pemalsuan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.



Zulkifli berkata negara kita kini menjadi tumpuan ulama tersohor dan cendekiawan daripada seluruh dunia yang hadir memberikan tausiyah, nasihat, pesanan serta mencurahkan ilmu mereka di Malaysia.

Antara ulama yang hadir termasuk Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr Ahmed Mohammed Ahmed El-Tayeb, Syeikh Ali Jum’ah, Syeikh Ali al-Qaradaghi, Syeikh Abu Bakar Ahmad, Syeikh Yasir Qadhi, Syeikh Omar Suleiman, Syeikh Ahmed al-Raysuni, Syeikh Maheral-Muayqali.

“Ulama hebat ini memuji Malaysia dan mengiktiraf suasana dan keadaan di negara kita yang subur dengan majlis ilmu dan menikmati perkembangan Islam yang sangat baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tuduhan bahawa perundangan Islam dan Mahkamah Syariah akan tergugat adalah sesuatu yang tidak benar dan fitnah jahat kerana kerajaan komited memartabatkan perundangan dan kehakiman Islam.



“Usaha ini adalah menyeluruh bukan sahaja dari aspek penggubalan undang-undang substantif dan prosedural tetapi juga pembangunan sumber manusia, infrastruktur dan ekosistem perundangan Syariah itu sendiri.

“Kajian mengenai Akta Saraan Hakim Syarie, penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan pewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan keseriusan kerajaan memberi pengiktirafan kepada pemerkasaan perundangan Syariah,” katanya.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hari2 tak ratib islam terancam, PasPN takleh cari makan la..as easy as that


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:11 PM | Show all posts
alohaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Demo kecek supo musuh isley!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Time nak org mengundi je jerit Islam tp time  order mersadis lupa habis… kan??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.191560 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list