CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15135|Reply: 18

[Jenayah] Geram sering diganggu, penduduk kejar pocong

[Copy link]
Post time 16-10-2024 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-10-2024 11:55 AM

JAKARTA  – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kelibat didakwa pocong melompat di tepi jalan pada waktu malam, lapor laman berita RMOL Jateng semalam.

Kejadian berlaku di Jalan KUA Lasem, Rembang, dalam wilayah Jawa Tengah.

Berdasarkan video yang dirakam oleh penumpang sebuah kereta dikenali sebagai Andi, susuk berbalut kain putih dilihat berada di tepi jalan.

Lembaga itu dirakam sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan), Isnin minggu lalu.

Disebabkan rasa ingin tahu, Andi dan rakannya berpatah balik ke arah pocong tersebut selepas berasa curiga melihat gerak badannya.

“Namun, setelah dihampiri, pocong itu berlari dengan laju sampaikan kainnya (kain putih) tersangkut. Wajahnya tidak kelihatan tetapi lariannya amat laju sampaikan hampir jatuh,” kata Andi.

Tambahnya, dia percaya bahawa pocong itu sebenarnya manusia yang menyamar untuk merompak atau menakut-nakutkan orang ramai.

“Lokasi jalan di KUA Lasem. Berhati-hati kepada yang mahu melalui jalan itu,” ujarnya.

Setelah video itu menjadi tular, Ketua Polis Lasem, Asisten Komisioner Polis Arif Kristiawan berkata, pihaknya sudah pergi ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan serta mengumpul keterangan daripada beberapa saksi.

“Kami mahu memastikan adakah benar ia pocong atau sekadar gurauan pihak tertentu. Kami akan menyiasat lebih lanjut,” ujarnya. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan sangat hidup dia ni. Amik ptime jadi pocong mlm²
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 07:50 AM | Show all posts
kat Indon mmg kuat prank pocong dan kuntilanak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-10-2024 07:50 AM
kat Indon mmg kuat prank pocong dan kuntilanak...

Depa takdak ka pocong betul2 punya sampai tahap nak kena prank bagai

Pocong ni bukan ke jenis gerak laju punya sebab penah dulu2 kat area kg sebelah kg meols tinggal, ada kes pocong dok muncul kat tengah2 jalan raya. Jalan tu pulak dok tengah2 kebun getah, kalau lalu malam2 memang gelap tak nampak. Tengah lalu tersuluh nampak benda putih tegak tengah jalan. Bila nak dekat hilang pulak. Tup2 muncul tepi kita ada jugak kes orang nampak keranda melintang tengah2 jalan tu. Bila kita stop tu yg jadi kena kaco. Kita nak terus jalan pun risau langgar benda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:13 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-10-2024 07:50 AM
kat Indon mmg kuat prank pocong dan kuntilanak...

aku rasa kebanyakannya adalah staged dan content semata
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:13 AM | Show all posts
Erk scary nya, dorang kata muka pocong ni hitam hangus terbakar kan? Sbb tu kita tak nampak muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2024 09:33 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-10-2024 08:55 AM
Depa takdak ka pocong betul2 punya sampai tahap nak kena prank bagai

Pocong ni bukan ke jenis  ...

sebelah rumah I di kampung dulu ada je pocong duduk bawah pokok rambutan, bila kita dtg dekat terus ghaib. yg nampak atas pokok dalam keadaan terbakar pun ada. sekali tu kelam kabut sbb belakang rumah ada pokok buluh, tiba2 terbakar. bukan famili i je nampak. jiran2 pun nampak. bila masing2 sibuk bawa baldi air....tup tup satu percikan api pun takde. xde langsung kesan pokok buluh terbakar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:34 AM | Show all posts
malarky replied at 16-10-2024 09:13 AM
aku rasa kebanyakannya adalah staged dan content semata

yg content tu biasa jenis paranormal punya group. yg prank nie mmg group yg takutkan orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 10:05 AM | Show all posts
masa kecik dulu, kami balik mengaji nampak pocong/antu bungkus. tp tak melompat, dia bergolek. bertempiar lari, tau2 mende tu ilang. masa sekolah, nmpk pocong melompat kat tangga asrama tapi belum sempat nak gi dekat, pocong tu ilang.

yg boleh kejar2 lari ni antu jadian kot.



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:00 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-10-2024 08:55 AM
Depa takdak ka pocong betul2 punya sampai tahap nak kena prank bagai

Pocong ni bukan ke jenis  ...

part keranda yg uol citer tu
ada 1 movie indonesia kt netflix ada tunjuk

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:05 PM | Show all posts
yendon bab2 nie no syatuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:31 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-10-2024 09:34 AM
yg content tu biasa jenis paranormal punya group. yg prank nie mmg group yg takutkan orang.

yang prank tu pun bukan genuine punya prank, aku tengok macam buat2 je
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-10-2024 09:33 AM
sebelah rumah I di kampung dulu ada je pocong duduk bawah pokok rambutan, bila kita dtg dekat teru ...

Uish ni 1st iols baca pocong ni dalam keadaan terbakar. Selama ni iols ingatkan benda alah tu buleh bergerak laju.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-10-2024 11:00 AM
part keranda yg uol citer tu
ada 1 movie indonesia kt netflix ada tunjuk

Ada jugak eh buat movie? Yg iols citer tu kisah lama dah. Taktau sekarang ni masih ada lagi gangguan ke tak. Dah lama tak lalu jalan situ.

Yg 1 kisah lagi, ada kawasan dulu kebun getah, diorang terangkan kawasan tu nak buat apa ntah. Ada orang kg citer memang situ kawasan 'dia'. Bila dah tebang clear kawasan dia, jadik amuk la kawan tu. Habeh diganggu orang2 kg terdekat. Pukul 9pm gitu pun dah start keluar nak kaco. Budak2 muda dok main takraw kat gelanggang, selamba antu munculkan diri kat situ. Abeh berterabur lari lintang pukang bebudak muda tuh. Tambah pulak, kg situ dekat dengan sebuah resort tinggal. Nti free uols search kat youtube 'Hosba Valley Resort'. Dulu2 iols penah keja kat f&b situ..memang dah famous citer2 gangguan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:10 PM | Show all posts
Kahkah , alamak tuan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:15 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 16-10-2024 01:59 PM
Ada jugak eh buat movie? Yg iols citer tu kisah lama dah. Taktau sekarang ni masih ada lagi ganggu ...

filem indo psl bukak hutan utk bina railway pun ade jugak
hantu2 yg dh duk lama tgh2 hutan banat tu mengamuk
so train yg baru siap ni bwkla yg pelabur die dgn few passenger yg nk test drive laluan baru ni
hantu2 ni akan mengamuk dlm 1 per 1 gerabak tu tiap kali lalu kawasan terowong
mmg xde yg selamat la citer dia


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TERNYATA...pocong itu asal dr indonesia...negara tertangga pasti iri-Bapak Nusaraya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Halo
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 10:59 PM | Show all posts
@nusaraya buat konten kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.296692 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list