View: 12474|Reply: 19
|
[Tempatan]
‘Memang murah, tapi bijakkan beli jet lama dari Kuwait?’
[Copy link]
|
|
‘Memang murah, tapi bijakkan beli jet lama dari Kuwait?’
https://www.malaysiakini.com/news/723520
Diterbitkan: Oct 22, 2024 2:03 PM
Dikemaskini: 2:06 PM
Menambah jumlah jet tempur Hornet Malaysia pada harga murah merupakan cadangan yang menarik, tetapi persoalan penting perlu dijawab, adakah ia tindakan bijak?
Perkara itu dibangkitkan oleh ahli akademik Olli Pekka Suorsa di Fulcrum, portal analisis hal ehwal Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura.
Penolong professor itu membangkitkan beban tambahan yang berkaitan dengan penyelenggaraan dan perkhidmatan armada pesawat yang semakin tua.
“Hornet mewakili teknologi yang semakin tua, yang semakin sukar untuk dikekalkan agar relevan. Lebih-lebih lagi, Hornet Kuwait adalah dari blok yang lebih awal, manakala jet tempur Malaysia adalah antara Hornet terakhir yang dihasilkan.
“Ini mungkin menyebabkan isu ketidakserasian apabila berkaitan dengan alat ganti. Selain itu, pesawat tersebut telah menerima peningkatan sistem yang berbeza, yang akan menambah kerumitan penyelenggaraan,” katanya.
Olli Pekka Suorsa
Pada 7 Oktober, dilaporkan bahawa Kuwait tidak mempunyai bantahan terhadap permintaan Malaysia untuk memperoleh jet tempur F/A-18 Hornet mereka.
Menteri Pertahanan Malaysia Mohamed Khaled Nordin berkata jawatankuasa terdiri daripada pegawai kedua-dua negara akan ditubuhkan untuk memudahkan urusan ini.
Menurut Suorsa, yang berkhidmat di Akademi Rabdan, Emiriah Arab Bersatu (UA)E, Kuwait mengendalikan 39 Hornet F/A-18C/D, yang dihantar antara Januari 1992 dan Ogos 1993.
“Angkatan udara negara Teluk itu sedang dalam proses meningkatkan kuasa tempur mereka dengan memperoleh jet tempur Super Hornet dan Typhoon.
“Bagaimanapun, penghantaran pesawat ini tertangguh disebabkan oleh Covid-19 dan halangan rantaian bekalan. Ini memaksa Kuwait untuk mengekalkan Hornet lama mereka lebih lama daripada yang dirancang asalnya."
Suorsa berkata Malaysia perlu "mempertimbangkan dengan serius" sama ada Hornet terpakai dari Kuwait ini sesuai dengan rancangan pembangunan jangka panjang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Katanya, pesawat lama yang lebih besar dan usang mungkin membebankan untuk diselenggara.
"Memfokuskan semula bajet pemodenan pertahanan kerajaan yang terhad untuk memperluaskan program Pesawat Tempur Ringan (LCA) atau mempercepatkan program Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) akan membantu mempersiapkan TUDM menghadapi ancaman masa depan," tambahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak orang ingatkan tentang isu besi buruk ni? nak ulang sejarah hawk dulu ke? bengong. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada pro & cons.
cons pastinya barang 2nd hand. Takleh nak harap hebat sangat.
pro, kita sebenarnya kekurangan pesawat tempur. Nak harap ciksu & pikachu sekawanan memang la tak cukup. hawk dah pencen pulak. Nak harap beli gen5, plan 2035-2040 nanti baru nak jalan. So, jadi la barang 2nd hand pun. Kita pun ada experience guna hornet varian ni. varian satu lagi, tak byk sangat kot bezanya. Tunggu tambah sumpit & radar je. |
|
|
|
|
|
|
|
I byk baca komen or review artikel dalam FB/blog dan etc. ramai menyokong membeli hornet kuwait nie. katanya jam penerbangan lagi rendah dari malaysia punya so, boleh pakai lagi lama sementara kerajaan muktamadkan MRCA generasi 4.5++. hornet kuwait pun dah upgrade utk latest sistem radar dan persenjataan. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf ... bukan hawk... tapi A4 Skyhawk buatan Syarikat US McDonnell Douglas ..... manakala hawk buatan British Aerospace adalah pesawat berbeza yang dibeli oleh malaysia selepas gagal memperolehi pesawat Tornado daripada britain.
Untuk tambahan info... perolehan hawk adalah pembelian aset baru manakala skyhawk adalah pesawat terpakai yang pernah digunakan oleh U.S. Navy
|
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku hornet C/D Kuwait ni jauh lebih muda dari TUDM punya....flight hours pun rendah gila...info mana yg kata Hornet Kuwait ni deliver tahun 90an? |
|
|
|
|
|
|
|
wang tada....kita mau kasi makan 87000 banduan penjara sana..... |
|
|
|
|
|
|
|
hawk ni juga dah cosider besi buruk juga. berapa kali insiden dan tak able utk ops sejak beberapa tahun lepas. dan jet 2nd kuwait ni pun sama lah utk 10 tahun akan datang. dia jadi keranda. kalau tak cukup duit kerajaan kita tak payah belanja pada jet buat masa ni. tunggu ada duit beli yang betul2 sikit. angkat sukoi pun not bad nampaknya. tapi aku tak faham kenapa banyak juga penulis pertahanan mcm nak boikot sukoi. ada tekanan barat barangkali.
|
|
|
|
|
|
|
|
bersyukurlah
iran perang dgn israel masih mampu maintain guna pesawat lama F-5 F-4 F-14 Mig-29 sbb ada duit tapi xde org berani nak jual sbb sekatan
kita kat Msia Mig-29 dah jadi Tugu |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca dekat faceboon, pages pertahanan, dan berpuas hati dengan keterangan dan tindakan pembelian jet ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
beli jet Rusia boleh. tapi alat elektronik dalaman, biasa kita amik dari negara lain. itu yang susah sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
pada aku lah, dengan keadaan kita bangsat miskin papa kedana skg. kalau beli besi buruk pun apa sgt boleh buat. tak akan bertahan lama pun. paling lama 10 tahun lepas tu scrap lah.
baik fokus kdp pembangunan sistem yang kita boleh bikin sendiri. spt drone. utk pemantauan dan enforcemen juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
takde ke team kementerian terdiri org bijak pandai, buatla sesuatu, at least bangunkan 1 pesawat tempur , bangunkn sendiri, kan ada ramai engineer bagai, siap ada course kapal tebang lagi.. smpai bila nk beli brg 2nd..
tkde modal?
cut je semua budjet untuk metneri tu, pegawai2 tinggi semua potong gaji bagus,salurkn pada benda ni lagi baik |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk parking depan rumah ja kan? OK ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
kpop pernah offer jv bina gen5. memula ok, last-last tak jadi. Kosnya bapak mahal.
nak jv bina drone dgn turkiye pun kita tersemput-semput, inikan pula bila jet. kosnya bukan kaleng-kaleng. kongsi pun tak mampu. Kalau start zaman 80-an dulu boleh la kot. Tapi skrg dah terlambat nak start.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skang zaman drone...klau tengok mula2 start perang Ukraine Russia n Israel lubnan penggunaan drone semakin meningkat n maju. Even drone Russia dah x boleh kena jamming dah.. drone diorg pun dah pakai starlink je untuk komunikasi. Suicide drone pakai fpv ngan 4k kamera sebab pakai starlink... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi fakta tetap menyatakan bahawa pembelian hawk bukan daripada pihak ketiga, terus dari pengeluar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau murah, berbaloi beli apa salahnya.
Kali ini team airforce sendiri yang buat evaluation, bukan macam beli skyhawk dulu tu.
Sekurang kurang nya, its mission ready, kalau nak beli baru bertahun kena tunggu. Itu yang kita perlukan sebenarnya. F18 pilots kita pun kesian, dah lama duduk dalam gua. sebulan less than 10 hours terbang.
Aircrafts yang banyak nampak masa flypast tu ,just for show jer, lepas show masuk hangar balk.
Offcourse kalau mampu , beli baru lagi bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 25-10-2024 08:00 PM
Mengapa X sabar menunggu hingga 2030 untuk nanti boleh menggunakan pesawat pejuang buatan Malaysia sendiri PTM-6 (6th Gen ++) yang saat kini juga diklaim sebagai pesawat pejuang dengan performance lebih baik dibandingkan F22, F15EX, Su57, SU35, Rafale apalagi F/A 18 dari Kuwait itu ...
The Most Important .... PTM-6 adalah Mahakarya Genius anak Malaysia sendiri yang betul-betul phenomenal dan membanggakan .... Dan bahkan negara lain semaju US, Rusia, China an France belum mampu membuatnya ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|