Menurut kenyataan polis, mangsa tembakan melarikan diri dan merempuh kereta selepas melihat kehadiran kenderaan polis.
Apabila polis mendaki, dia cuba menyerang anggota dengan senjata tajam sebelum ditembak dan meninggal dunia di hospital.
Bercakap kepada siaran televisyen tempatan, beberapa penduduk mendakwa polis menggunakan kekerasan berlebihan.
Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia, SOS Racismo mendakwa lelaki itu tergolong orang kulit hitam yang dibunuh oleh polis.
Polis berkata pihaknya akan menyiasat sama ada anggotanya ada menggunakan kekerasan berlebihan.
Menteri Dalam Negeri, Margarida Blasco, menegaskan akan mengambil semua usaha diperlukan untuk mengheret perusuh ke muka pengadilan. - REUTERS