CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13140|Reply: 19

[Tempatan] Cikgu sebak lihat murid jalan menyeret, sumbat kertas dalam kasut

[Copy link]
Post time 24-10-2024 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Cikgu sebak lihat murid jalan menyeret, sumbat kertas dalam kasut

https://www.sinarharian.com.my/a ... -kertas-dalam-kasut

24 Oktober 2024 09:25am


Tangkap layar video perkongsian Cikgu Farrah di TikTok

SHAH ALAM - Kisah murid berjalan sambil menyeret kasutnya di dewan sekolah mendapat perhatian seorang guru untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi video individu bernama Cikgu Farrah di TikTok, saiz kasut pelajar itu lebih besar daripada kaki sehingga menyukarkannya untuk berjalan dengan selesa.

Farrah berkata, keadaan itu membuatnya berasa sebak dan mendorong untuk membantu murid berkenaan dengan membeli sepasang kasut sekolah baharu.

“Ketika hendak ukur saiz kaki dia guna tapak tangan dan jari saya, nampak ada kertas dalam kasut.


Tangkap layar video perkongsian Cikgu Farrah di TikTok

"Rupanya dia sumbat kertas-kertas sebab kasut itu saiz besar. Saya anggap ALLAH hantar anak ini untuk jentik hati saya (bantu dia), walaupun kasut besar tetapi masih nak datang ke sekolah demi belajar,” katanya pada Sinar Harian pada Rabu.

Farrah, turut berkongsi kisah dia terpaksa tukar dua kali di kedai kerana tersalah mengukur saiz kaki untuk murid tersebut.

“Kali pertama beli kasut itu ketat, saya pergi tukar. Esok itu saiz kasut pula besar.

“Bila sudah dua kali tukar, akhirnya saya buat keputusan untuk berikan kasut yang besar itu kepada kakaknya.

“Saya belikan yang baharu untuk adiknya, tetapi reaksi wajah murid ini bila saya beli kasut,” ujarnya.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai yang menzahirkan rasa simpati dan terharu melihat kesusahan yang didepani oleh kanak-kanak tersebut.

Sehingga Rabu, perkongsian video itu meraih 2.8 juta tontonan dan 137, 500 tanda suka di platform TikTok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Aku x boleh la tengok budak2 kecik camni hidup susah. Terkenang zaman susah dulu. Kasut yang dah haus sampai berlubang pon pakai lagi sebab x mampu. Baju beli dari form 2 pakai sampai form 5. Baju kadet hijau dah lusuj, mak aku beli pewarna baju bagi nampak ada warna.
Semoga adik ni ada semangat nak belajar. Tak dapat jadi orang kaya takpe dik, asalkan jangan terus terbelenggu kemiskinan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga hidup mu berubah dik dikurniakan rezeki dan kecukupan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
“Saya belikan yang baharu untuk adiknya, tetapi reaksi wajah murid ini bila saya beli kasut,” ujarnya.

Amende ni? Ayat x abis
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:37 AM | Show all posts
mulia nya cikgu ni... belajar pandai2 tau dik... nanti boleh bantu org lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:46 AM | Show all posts
Makpa dia rasa horaay
dan terasa nak buat anak lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 12:10 PM | Show all posts
adeh, kadang2 terinsaf bila tgk org yg susah mcm ni, aku plak baru je ter beli ipad pro m4 dgn pencil pro
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:46 PM | Show all posts
Jaman now, semua nak sebak.  Jaman iols sekolah dulu sebak pun tak wujud tengok kita sebab semua pun kasut berlubang tapak haus baju senteng atau labuh (sebab hands me down).  But then again, mee kari 40 sen pun semangkuk time tu kat sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tengok rumah dia
Kot2 ada alphard ke..
Kat kelas anak iols ada sorang gini..
Selekeh
Bila tengok dtg masa hari ibu bapa..mak ayah datang naik honda crv baru tu...
Adei.
Kesian.iols.tengok anak2 selekeh tau..tapi mak ayah bergaya mcm nak gi red carpet
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sekolah dulu kasut pecah sana sini janji weekend bersih dibasuh dikapur. Bila hujan sarung plastik jalan ke sekolah dalam 2km. Masa tu rata2 macam tu so tak sempat nak sebak

Allah akan gantikan kepayahan dengan kemudahan bila kita jalankan tanggungjawab.
Adik ni mungkin rare sebab zaman now dia dikelilingi budak2 yg tak susah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa je kes mcm gini kat skolahku.
skolah luar bandar gini lah.
hati kena kuat. kdg kita sponsor murid yuran & duit mkn asrama sampai spm. sbb kesian slalu tk dtg sbb tkde sapa nk hantar ke skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:47 PM | Show all posts
Walaupun di pixelated muka, kawan2 dia kenal siapa. Cikgu tolongla jaga aib budak2. Tbh, ada ramai cikgu yang senyap2 sponsor anak murid itu ini. They do not need validation. Iols tak paham apa mohtip content cenni. Kot nak kutip derma, cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 24-10-2024 03:16 PM
Aku sekolah dulu kasut pecah sana sini janji weekend bersih dibasuh dikapur. Bila hujan sarung plast ...

sebijik mcm meols.sedih bila ingat balik.tp alhamdulillah, kesusahan tu Allah ganti dgn ksenangan skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ipanimanz1 replied at 24-10-2024 09:52 PM
sebijik mcm meols.sedih bila ingat balik.tp alhamdulillah, kesusahan tu Allah ganti dgn ksenangan  ...

Rata2 kalau dari kg macam tu lah..syukur semua tu buatkan menjadi jugaklah sekolahnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
theotherfriend replied at 24-10-2024 09:47 PM
Walaupun di pixelated muka, kawan2 dia kenal siapa. Cikgu tolongla jaga aib budak2. Tbh, ada ramai c ...

Video asal dah terang2 nampak rupa paras rupa fizikal budak ni.. ehh memang boleh ya cikgu2 ni simply tunjuk muka bebudak ni di socmed?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 25-10-2024 12:31 PM
Video asal dah terang2 nampak rupa paras rupa fizikal budak ni.. ehh memang boleh ya cikgu2 ni sim ...

Sekarang sekolah ada keluarkan surat kebenaran dari ibu bapa untuk record & upload content yg ada gambar or video anak² kat socmed. So ibu bapa boleh setuju atau tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 01:28 PM | Show all posts
Cikgu ni hadap pujian n viral, air muka n maruah budak tak penting. Bangsat punya cikgu, setakat derma kasut je punkecoh satu donia, ntahlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
belajar bgs bgs dik nanti blh keja hebat hebat blh baiki hidup..
dia pakai kasut sapa yg bsr?
i suka letak tisu..kasut i selalu longgar..pergi kerja elok je muat..asal balik kerja longgar..i rasa wktu pg laki mengembang sikit..wktu otg mmg xblh jalan kalau xpakai sock
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana duit bantuan yg kerajaan bg.....
Awal thn hari tu dpt sekali.... Baru2 ni pun dpt lg sorang RM150....
Mak pak dia buat apa dgn duit tu.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list