CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5915|Reply: 29

[Tempatan] 'Pagi hantar padi ke kilang, petang jadi beras import'. #2, KPKM siasat dakwaan kilang padi tukar beras tempatan kepada beras import

[Copy link]
Post time 24-10-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-10-2024 09:20 AM

'Pagi hantar padi ke kilang, petang jadi beras import'

https://www.malaysiakini.com/news/723773

N Faizal Ghazali & Alyaa Alhadjri & Ili Aqilah
Diterbitkan:  Oct 24, 2024 12:55 PM
Dikemaskini: 12:55 PM



PARLIMEN l Pembangkang mendakwa wujudnya situasi padi yang dihantar ke kilang untuk diproses sebagai beras putih tempatan, namun akhirnya keluar sebagai beras import.

Perkara itu dibangkitkan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang memaklumkan ini diperkatakan apabila masyarakat mendapati ketiadaan bekalan beras putih tempatan di pasar raya atau kedai-kedai runcit.



"Ada yang dakwaan mengatakan padi dihantar ke kilang pengeluaran padi pada waktu pagi, petangnya pesawah nak beli beras, jadi beras import.

"Mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan memantau kilang-kilang pengeluaran padi seluruh negara bagi mengesan ke mana hilangnya padi-padi tempatan yang pagi dihantar, petangnya jadi beras import.

"Kalau ini berlaku apa tindakan kerajaan yang mesti buat ke atas kilang-kilang padi, kalau tidak berlaku ke mana pergi hilang beras-beras tempatan?” soalnya dalam soalan tambahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Arthur Joseph Kurup kemudiannya memberitahu bahawa kerajaan akan mewujudkan peraturan baru dalam mengekang kejadian seperti dakwaan berkenaan.


Arthur Joseph Kurup (BN-Pensiangan)

"Itulah sebab kita akan wujudkan peraturan baru. Pertama kita kena siasat dalu, minta bahagian kawalselia padi dan beras untuk pergi ke kilang-kilang melawat adakah betul bahawa tuduhan itu ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

"Sekiranya berlaku kita perlu mewujudkan peraturan baru untuk memastikan bahawa beras putih tempatan itu mesti ada bekalannya bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2024 05:19 PM | Show all posts
KPKM siasat dakwaan kilang padi tukar beras tempatan kepada beras import

https://www.bharian.com.my/berit ... mpatan-kepada-beras

BERNAMA - Oktober 24, 2024 @ 4:14pm


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mewujudkan satu peraturan baharu bagi memastikan tiada penyelewengan terhadap bekalan beras putih tempatan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap ke atas beberapa kilang padi yang didakwa menukar beras tempatan kepada beras import.

"Pertamanya kita kena siasat dulu, minta bahagian kawal selia padi dan beras dan sebagainya untuk pergi ke kilang-kilang padi ini melawat, adakah betul bahawa tuduhan ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

"Sekiranya berlaku kita perlu mewujudkan peraturan yang baharu untuk memastikan bahawa beras putih tempatan mesti ada bekalan, akses untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang ingin tahu sama ada kerajaan memantau kilang pengeluar padi di seluruh negara bagi mengesan padi tempatan yang didakwa ditukar menjadi beras import dan sekiranya dakwaan itu berlaku apakah tindakan terhadap kilang padi berkenaan.

Menjawab soalan asal Mohd Misbahul Munir mengenai usaha kementerian dalam mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran, Arthur berkata pihaknya sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi memastikan keberadaan bekalan beras putih tempatan di pasaran mampu untuk memenuhi keperluan pengguna.

Beliau berkata antara pendekatan diambil pihaknya adalah mengedar beras putih tempatan melalui program jualan dan rangkaian di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta rantaian pasar raya terpilih.

"KPKM sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran yang melanda negara sejak 2023.

"Bermula Jun 2023 hingga 19 September 2024, sebanyak enam juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan oleh FAMA, LPP dan pemborong," katanya.

Dalam usaha menangani isu keberadaan beras putih tempatan di pasaran, Arthur berkata KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras antaranya pemantapan tatakelola melalui pengasingan kuasa melibatkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Menjawab soalan tambahan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar), beliau berkata kerajaan Persekutuan sentiasa menyokong pembangunan jelapang padi di Sarawak dan mencari peruntukan bagi membantu meningkatkan potensi kerajaan negeri dalam menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

"Kementerian menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM500 juta untuk tingkatkan pengeluaran hasil padi dan beras di Sarawak.

"Isu ini perlu kerjasama daripada kerajaan negeri khususnya dalam menyediakan tanah-tanah supaya kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri tingkatkan hasil pertanian khususnya padi dan beras negara," katanya.

Mohamad Shafizan ingin tahu maklum balas kerajaan Persekutuan dan KPKM terhadap permintaan kerajaan Sarawak yang mengharapkan tambahan RM500 juta bagi pembangunan jelapang padi di negeri itu. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpd Swak...gunakan la bajet sukan Sea tu tuk 'buat sawah tuuu'...ni lagi berfaedah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 05:57 PM | Show all posts
apa kata kerajaan madani buat kilang
beli padi dari pesawah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kartel mana ganti syed bukhari tu. salah satu cara nak overtake a nation adalah dgn kontrol food security . beras ayam telur rasanya boleh agak sapa kontrol
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 24-10-2024 06:02 PM
kartel mana ganti syed bukhari tu. salah satu cara nak overtake a nation adalah dgn kontrol food sec ...

rupanya depa 'sound' dia dulu...ada kutu disebalik beras...rupanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 06:45 PM | Show all posts
ada peniaga makanan yang mengadu kat meols hal yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-10-2024 02:58 PM
Skuau replied at 24-10-2024 06:11 PM
rupanya depa 'sound' dia dulu...ada kutu disebalik beras...rupanya.


fyi, di zaman Madani ni lah buat pertama kalinya dlm sejarah kartel2 kena denda..sbb tu kalo ko perasan skrg rakyat dah takde masalah shortage telor dgn ayam mcm zmn kjaan tebok atap dulu..masa zaman tebok atap ayam,telor slalu hilang Muhyiddin buat apa?Garu telor je kan??




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beras tempatan skrg kurang sbb pengilang beras (yg mostly melayu) pi campur beras lokal dgn import pastu pack as imported rice..kjaan kena cari smpai lubang cacing sesiapa yg terlibat dan denda kaw2 sama mcm kjaan buat pada kartel ayam,telur sblm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Normal la sapa tak mau untung awang oooi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu sudah semestinya. Sebelum is tempatan. Selepas is import.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau gak pengilang2 ni mostly kat penang ke selangor? Melaka? Johor kut?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 24-10-2024 09:57 AM
apa kata kerajaan madani buat kilang
beli padi dari pesawah...

Sepatutnya setiap negeri ada kilang masing2
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg x jumpa langsung beras tempatan skang kecuali kat program madani
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Beras tempatan kalau uols beli mmg akan nampak banyak hancur..
Beras import pung temgok brand juga
Iols beli cap rambutan dan jati.cepat basi
Brand saga okay je..
Beras kashmir basmathi kena jaga jaga kekadang2 okay..kekadang tak juga..
Nak sedap guna beras la sella..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:09 AM | Show all posts
nasib baik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 11:25 AM | Show all posts
beras pun da pandai tukar sarung
kesian pesawah
penat2 membanting, yg untung atas angin gak menyetan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 24-10-2024 06:02 PM
kartel mana ganti syed bukhari tu. salah satu cara nak overtake a nation adalah dgn kontrol food sec ...

bangsa C la. Kesian kita rakyat marhaen tak boleh nak buat apa-apa tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-10-2024 09:59 AM
Beras tempatan kalau uols beli mmg akan nampak banyak hancur..
Beras import pung temgok brand juga
I ...

2-3 musim lepas memang padi yg ditanam kualiti out. Laki meolls buat sawah jadi dia sendiri mengaku padi x berapa elok. Serangan penyakit, padi angin tu pun antara punca padi tak berkualiti.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
che_yatt replied at 25-10-2024 12:26 PM
bangsa C la. Kesian kita rakyat marhaen tak boleh nak buat apa-apa tindakan.

leluhur ni memang tamak haloba. hujung2 bangsa kita yg deols tuduh hadap benda free & mata duitan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.101320 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list