CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34837|Reply: 0

[Tempatan] 'Apa yang syok sangat umum benda tak menentu... pusing-pusing benda sama'

[Copy link]
Post time 24-10-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
'Apa yang syok sangat umum benda tak menentu... pusing-pusing benda sama'

https://www.bharian.com.my/berit ... g-pusing-benda-sama

Oleh Zanariah Abd Mutalib - Oktober 24, 2024 @ 4:58pm
[email protected]


Datuk Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa pemimpin kerajaan masih berfikir seperti pembangkang sehingga menyebabkan pelaksanaan dan pengumuman dasar bercelaru dan mengelirukan rakyat.

Merujuk kepada beberapa pengumuman kerajaan mengenai pemberian subsidi dan pengkelasan kategori isi rumah yang dilihat tidak konsisten, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya), berkata kerajaan sepatutnya mengambil kira semua konsep dan konteks sebelum membuat pengumuman, bukan sewenang-wenangnya dibuat tanpa kerangka dasar yang jelas.

"Kelemahan utama kerajaan pada hari ini adalah mereka masih berfikir sebagai pembangkang, bukan kerajaan. Bila berfikir seperti zaman mereka dahulu, macam-macam janji nak dibuat, akhirnya tidak buat.

"Jadi, perangai itu terbawa-bawa dalam pelaksanaan dasar kerajaan. Ini perkara yang berbahaya kepada rakyat, jadi mohon hentikan kecelaruan dasar ini.

"Saya tidak faham apa yang syok sangat umumkan benda yang tak menentu ini. Ini bukan flip flop, ini pusingan "round about", pusing-pusing benda yang sama tanpa satu penjelasan yang jelas," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, apabila kerajaan melaksanakan penyasaran subsisi diesel pada 10 Jun lalu, rakyat diminta mengisi permohonan BUDI MADANI, sedangkan sebelum ini, mereka sudah diminta mendaftar dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Katanya, pada pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut mengenai golongan T15 yang tidak akan menerima subsidi petrol dan pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tanpa penjelasan lanjut mengenai maksud T15, menyebabkan rakyat merujuk kepada konteks pendapatan isi rumah sedia ada yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

"Pada 20 Oktober lalu, Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) berkata, beliau tidak fikir kerajaan akan menggunakan pendapatan isi rumah seperti sekarang.

"Sebagai kerajaan, mana boleh main rasa-rasa, kita fikir, kita lihat. Perkara ini sudah diumumkan kepada rakyat.

"Jika keadaan seperti ini berterusan, bila kita pembangkang sentuh perkara ini, dikatakan kita mempolitikkannya dan bila rakyat persoal, dikatakan tidak betul. Apa yang betul? Tunjukkan kepada kami apa yang betul," katanya.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen turut membangkitkan perkara sama, yang menegur kerajaan mengenai pendekatan "umum dulu, fikir kemudian" berhubung penarikan subsidi RON95 dan pendidikan daripada golongan T15, namun tidak memperincikan mengenai golongan itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.038951 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list