View: 34996|Reply: 0
|
[Tempatan]
TNB rugi hampir RM450 juta akibat curi elektrik oleh pengusaha bitcoin - Polis
[Copy link]
|
|
TNB rugi hampir RM450 juta akibat curi elektrik oleh pengusaha bitcoin - Polis
https://www.bharian.com.my/berit ... trik-oleh-pengusaha
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Oktober 24, 2024 @ 5:12pm
[email protected]
Ayob (kiri) menerima kunci replika kenderaan 4x4 jenis Toyota Hilux sumbangan TNB disampaikan oleh Zahari (kanan). - Foto NSTP/Nor Azizah Mokhtar
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian hampir RM450 juta sepanjang tempoh hampir empat tahun dari 2020 hingga September lalu akibat kegiatan curi elektrik.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sebahagian besar kerugian akibat kecurian elektrik oleh pengusaha wang kripto dan industri.
Menurutnya, bagi tempoh sepanjang tahun 2020 sehingga September lalu, dianggarkan TNB mengalami kerugian keseluruhan dianggarkan RM441.60 juta akibat kegiatan curi elektrik oleh pengusaha wang kripto.
"Bagi tempoh sepanjang 2020, kerugian dialami TNB hanya RM5.92 juta namun angka itu melonjak kepada RM140.45 juta pada 2021.
"Pada tahun 2022, jumlah kerugian dialami TNB adalah sebanyak RM124.96 juta, manakala pada tahun lalu berkurang kepada RM67.16 juta sebelum meningkat semula tahun ini.
"Setakat September lalu, TNB mencatatkan kerugian RM103.09 juta," katanya dalam sidang media selepas Majlis Serahan Sumbangan Pacuan Empat Roda (4X4) oleh TNB di Bukit Aman, hari ini.
Pada majlis serahan itu, PDRM diwakili oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Mydin Pitchay menerima enam kenderaan 4x4 jenis Toyota Hilux disampaikan Pengerusi TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES), Prof Zahari Dollah.
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata sumbangan kenderaan terbabit sebagai usaha sama TNB dan PDRM menangani isu kecurian elektrik menerusi Op Letrik.
"Sumbangan kenderaan itu untuk membantu PDRM khususnya JSJ dalam menyelaraskan tugas harian kami untuk digunakan dalam operasi, serta membantu pihak TNB mengesan mereka yang menyalahguna atau mencuri elektrik TNB.
"Kita memang ada hubungan yang akrab dan ini bukan kali pertama pihak TNB menyumbang kepada PDRM. Bukan sahaja kenderaan seperti ini malah menyumbang kontena untuk memudahkan kita menyimpan bahan bukti berkait Op Letrik," katanya.
Sementara itu, Zahari menyifatkan Op Letrikini amat penting berikutan peningkatan kes curi elektrik yang berlaku tahun demi tahun hingga membawa kerjasama rapat antara pihaknya dengan PDRM.
"Apa yang kita nampak, dari masa ke semasa terdapat peningkatan kes (curi elektrik) membabitkan bitcoin (wang kripto) berlaku, namun hasil kerjasama dengan pihak polis dan agensi-agensi lain, kegiatan ini dapat dikawal.
"Kita berhadap kolaborasi ini akan berterusan supaya kita boleh kekang dalam tempoh terdekat supaya kita dapat hasil yang menguntungkan negara dengan mengurangkan ketirisan (akibat curi elektrik) berkenaan," katanya.
Untuk rekod, pada 2022 TNB menyumbang sembilan kenderaan 4x4 Mitsubishi Triton kepada PDRM dan pada tahun berikutnya sebanyak 25 kontena bagi kelancaran Op Lektrik
|
|
|
|
|
|
|
| |
|