CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25527|Reply: 1

[Tempatan] Gerakan reformasi Aliran bersetuju dengan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim - Tak perlu keliling dunia untuk asingkan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya (PP)

[Copy link]
Post time 25-10-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Aliran setuju - Tak perlu keliling dunia untuk asingkan peranan AG, PP

https://www.malaysiakini.com/news/723868

Diterbitkan:  Oct 25, 2024 9:17 AM
Dikemaskini: 9:17 AM



Gerakan reformasi Alran bersetuju dengan bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim bahawa tidak perlu untuk menghantar rombongan besar mengelilingi dunia bagi mencari jalan memisahkan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya (PP).

Sehubungan itu, jawatankuasa eksekutif pusat Aliran menggesa kerajaan supaya tidak melengahkan lagi pembaharuan yang ditunggu-tunggu itu.



"Tiada usaha harus dikecualikan, kerana pembaharuan ini patut diteruskan," tambahnya dalam satu kenyataan.

Aliran menegaskan bahawa rakyat Malaysia yang cintakan keadilan telah meminta supaya pengasingan fungsi kerana kedua-dua peranan itu ada kalanya boleh bercanggah antara satu sama lain.

“Objektif atau tindakan kerajaan mungkin tidak semestinya untuk kepentingan rakyat jelata.

“Peguam negara merangkap pendakwa raya mungkin mendapati sukar untuk memikul kedua-dua peranan ini. Ini  boleh menjejaskan keadilan dan demokrasi.

"Justeru, kami menjangkakan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said dan pasukannya untuk mempercepatkan proses reformasi," tambahnya.


Azalina Othman Said

Pada Rabu lalu, Azalina memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pemisahan itu mesti dilakukan secara bertanggungjawab dan tidak boleh terburu-buru kerana kerumitan serta cabaran pelaksanaannya.

Dia juga memaklumkan kerajaan sedang menjalankan kajian empirikal mengenai pengasingan kuasa di Kanada, Australia dan UK.

Dari 5 hingga 10 Mei, Azalina mengetuai delegasi dwipartisan ke Kanada dan kemudian ke Australia dari 2 hingga 6 Jun.

Selepas itu, Zaid, dalam catatan Facebook yang sarat dengan sindiran, mencadangkan agar menteri itu memulakan lawatan ke Scotland, pula.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedulu gigih mesin buruk kuat menyepin gigih teriak2 nak asingkan peranan AG & PP, ujung2 . Benda mudah jer nak ubah, semudah jual liur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051287 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list