CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52973|Reply: 7

[Tempatan] [Video] Kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD): Cara cakap macam anak mat salih

[Copy link]
Post time 25-10-2024 06:25 PM | Show all posts |Read mode
'Cara cakap macam anak mat salih'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... acam-anak-mat-salih

Redzuan Muharam
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 25, 2024 @ 12:00pm



Seberang Jaya: Bukan hanya fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, malah dialek Annur Raisya Nor Nasir juga kedengaran seperti gaya percakapan orang Barat.

Di sebalik kepetahannya, Annur Raisya sebenarnya kanak-kanak autistik atau Autism Spectrum Disorder (ASD) walaupun bersekolah di aliran perdana.

Kebolehan Annur Raisya, 9, itu mendapat perhatian selepas ibunya, Raihana Annur Hamzah, 39, memuat naik video di TikTok hingga ramai netizen kagum melihat kepetahan berbicara kanak-kanak berkenaan.

Menurut Raihana Annur, video berdurasi tiga minit itu dirakam untuk pertandingan pidato bahasa Inggeris.

"Sebenarnya, Annur Raisya bukan menghafal sebaliknya baca teks disediakan, tapi ada (netizen) yang tak baca kapsyen ditulis sampai mengecamnya di ruangan komen.

"Mereka persoalkan sebutan dan tanya kenapa anak Melayu cakap bahasa asing, tapi saya tak kisah kerana ramai juga yang positif serta beri kata semangat," ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Raihana Annur berkata, Annur Raisya adalah anak keduanya dan pernah mempunyai masalah lambat bertutur atau speech delay ketika berusia dua hingga tiga tahun.

Kini, percakapan Annur Raisya sudah lancar, cuma lebih cenderung bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Luarannya dan secara fizikal, Annur Raisya sama macam anak normal, cuma berbeza daripada segi sosial, emosi dan pertuturan.

"Waktu usia dua ke tiga tahun, Annur Raisya cakap guna 'jargon' atau kita panggil bahasa Alien kemudian echolalia iaitu mengulang perkataan yang kita sebut.

"Waktu usianya enam tahun, baru saya dan suami bawa anak pergi terapi carakerja dan kini masih teruskan sebulan sekali di sebuah hospital di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan seminggu sekali di pusat swasta," katanya.


ANNUR Raisya cenderung bertutur dalam bahasa Inggeris. FOTO Ihsan Raihana Annur Hamzah

Menurut Raihana Annur, anaknya boleh menulis dan menjawab ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Melayu.

"Cuma, nak menyebut suku kata dalam bahasa Melayu agak susah baginya, jadi saya dan suami memang cakap bahasa Inggeris dengannya di rumah. Tapi saya dan suami bercakap dengan satu sama lain dalam bahasa Melayu.

"Di rumah anak saya tiada masalah kerana dia pun boleh bermain dengan anak jiran macam biasa, cuma di sekolah saja kerana kebanyakan rakannya bersembang dalam bahasa Melayu," katanya.

Sebagai ibu, Raihana Annur menerima Annur Raisya seadanya kerana mempunyai pengalaman mengendalikan anak sulung yang juga autistik.

"Suami (Nor Nasir Md Amin, 40) pun sama (dapat menerima), cuma keluarga saja yang pelik kenapa Annur Raisya cakap begitu pada awalnya kerana dengar sebutannya memang macam anak Mat Salleh.

"Tapi saya dan suami tetap biarkan anak bercakap bahasa Inggeris mengikut keselesaannya.

"Saya tiada perancangan khusus untuknya, cuma berharap cikgu di sekolah dapat bantu beri lagi peluang kepada anak untuk sertai debat dan kuiz Matematik kerana itu memang minat anak selain melukis.

"Selain itu, saya berharap juga Kementerian Pendidikan (KPM) dapat sediakan lebih banyak fasiliti dan sekolah untuk kanak-kanak genius sebegini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 06:33 PM | Show all posts
"Mereka persoalkan sebutan dan tanya kenapa anak Melayu cakap bahasa asing,

mehh..
bukan semua org sibuk bgtau sana sini anak cucu terpaling pandai ckp english kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ASD mmg lg senang pickup english dr bm pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Most ASD children mmg lebih cepat pick up english worda dr bahasa melayu sebb english word kurang syllables senang derang nak sebut, either one syllable or most pun three for words yg daily use.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
2 bradik xsalah iols budak ni.
Mak depa antaq kelas teakwando sama xsalah.
High functioning asd p sekolah agama siap.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makiting at 25-10-2024 10:32 PM

Jiran kami dulu pun ada anak autism
Dia mmg full ckp omputeh slang british lg

Bila tanya kat mak bapak dia, mereka ckp mmg xpernah ajar pun anak tu speaking kat rumah.. diaorg ckp melayu aje dgn anak2

Tp anak dia anak special sbb autism.. adik ipar jiran bg tau budak tu selalu speaking ckp sorang2

Tapiii time dia tantrum.. adoiii sabar aje laa

Kesian makpak dia nak handle..
Hari2 dengar dia ngaruk time balik sekolah
Sebab dia suka duduk kat sekolah taknak balik
Pastu nak p sekolah atau balik sekolah kena ikut laluan yg dia tentukan... bapak dia ckp budak tu hari2 jadi Waze
Kalau tak dia mengaruk dlm kereta

Kesian.. tp ada anugerah special Allah beri pd dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara aku ada sorang lagu ni.. cakap omputeh slang british...

Umur 1.5 tahun dah pandai membaca.. 4 tahun dah karoke laju2 tu ko.. baru pre-school tp dah genius camtu

Bila masuk skolah, masuk kelas DLP.. kena tuition baru dia pick-up cepat bila dpt perhatian cikgu tuition.. kalo tak dia mmg masalah communication masa awal2 darjah 1-3 byk kena buli kat skolah sbb dia cakap slang sangat budak2 lain nyampah kot


Dah la rambut dia berbelak2 coklat & blonde... kulit putih cam kapas.. doc cakap parts yang rambut dia blonde tu sbb separa albino...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp yang pelik.. dia tak tantrum, very soft spoken.. tido cukup.. kena control gadget time.. nnti dia asyik, tak dengar kata.. well ni sama la kes dgn anak aku & adik2 dia juga bila terlebih main game je auto-degil


Hati tisu.. selalu request me time dgn i utk curhat ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.144519 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list