CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48543|Reply: 0

[Johor] Johor sumbang RM500,000 untuk negeri terjejas banjir

[Copy link]
Post time 2-12-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode


KAWASAN di Kampung Matang, Hulu Terengganu yang dilanda banjir, semalam. FOTO Ghazali Kori

Johor Bahru: Kerajaan Johor menyalurkan sumbangan wang tunai RM500,000 kepada negeri dilanda banjir di seluruh negara sebagai tanda keprihatinan sesama ummah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata peruntukan khas kepada negeri terjejas banjir itu akan disalurkan menerusi Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.



"Berikutan kejadian banjir di beberapa negeri di negara kita, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menyalurkan sumbangan wang tunai sebagai tanda keprihatinan bagi membantu mangsa terjejas.

"Sejumlah RM500,000 diperuntukan bagi tujuan itu yang akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.

"MAINJ mendoakan keselamatan kepada semua penduduk dan mangsa terjejas serta berharap kejadian banjir segera pulih," katanya dalam keyataan, hari ini.

Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan Pahang menjadi negeri terbaharu yang ditimpa musibah itu, menyaksikan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 152,377 orang pagi tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 284 PPS mencecah 96,743 orang daripada 29,928 keluarga setakat ini berbanding 93,158 orang malam tadi.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa terus meningkat kepada 43,281 orang pagi ini berbanding 41,409 yang dilaporkan malam tadi, membabitkan 11,679 keluarga yang berlindung di 305 PPS di kesemua lapan daerah terjejas di negeri berkenaan.

Portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan lima sungai utama masih melepasi paras bahaya, namun menunjukkan penurunan iaitu Sungai Kelantan di Kusial Baru (16.64 meter), Sungai Kelantan di Kusial (16.66 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang (11.20 meter), Sungai Golok di Tumpat (4.22 meter) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (3.65 meter).


Disiarkan pada: Disember 2, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046984 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list