CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42776|Reply: 0

[Negeri Sembilan] GISBH: Keputusan representasi gadis dera kanak-kanak 7 Januari

[Copy link]
Post time 3-12-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode


GAMBAR fail penjaga pusat jagaan kanak-kanak didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban 2, pada 12 September lalu. FOTO NSTP

Seremban: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh baharu untuk mengetahui keputusan representasi kes dera kanak-kanak di pusat jagaan yang mempunyai kaitan dengan GISB Holding (GISBH), Ogos lalu.

Ia berikutan pihak pendakwaan di dua kamar mahkamah berasingan, Timbalan Pendakwa Raya Intan Noorashikin Nasarudin dan Norazihah Asmuni memaklumkan masih belum menerima representasi daripada pihak pembelaan.

Sebutan semula kes didengar di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dan Datin Surita Budin.

Peguam, Boestamam Ahmad yang menyebut bagi pihak peguam, Doreena Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan Doreena tidak sihat selama beberapa bulan dan mohon dipertimbangkan untuk pihak pembelaan menyediakan satu lagi representasi bagi kesemua empat pertuduhan ke atas tertuduh.

Menurut Boestamam, Doreena yang sebelum ini mewakili tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud, 20, masih mengendalikan kes itu.

"Puan Doreena maklumkan dalam beberapa bulan ini dia tidak berapa sihat. Jadi dia mohon lanjutan untuk serahkan satu representasi kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Puteri Nurin Amalin kini masih direman di Penjara Sungai Udang, Melaka selepas gagal membayar jaminan keseluruhan sebanyak RM80,000.

Akhbar ini pada 12 September lalu melaporkan pembantu pusat jagaan kanak-kanak mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mendera empat kanak-kanak, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menganiaya empat kanak-kanak perempuan berusia lima hingga enam tahun dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal melecur.

Kesalahan dilakukan di pusat jagaan di Taman Merbok Ria, di sini, sekitar Ogos lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama.


Disiarkan pada: Disember 3, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.613462 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list